#18

6K 283 0
                                    

Raisya turun ke bawah sebaik saja selesai bersiap. Kelihatan Ayahanda,Bonda dan anaknya sedang menunggu untuk bersarapan bersamanya.

"Goodmorning ayahanda,bonda and myyyyy boy" ucap Raisya seraya mencium pipi orang-orang yang teramat dia sayangi.

"Raisy,duduk breakfast sekali" jemput Tengku Rahidah

"No need bonda. Raisy nak keluar ada benda yang nak diselesaikan"

"Raisy nak ke mana?" pertanyaan Tengku Zimam disambut dengan senyuman."Rumah Papa Sheikh dengan Mama Amani".

"Eloklah tu Raisy. Nak bawa Boy sekali ke?" soal Tengku Rahidah pula. Raisya memandang anaknya. Melihat anggukan Boy, Raisya bersuara kepada Tengku Rahidah. "Lagipun kami balik sini, dorang tak tahu pun. Ingat nak suprisekan dorang dengan bawa Boy. Kan Boy?"

"Haah nenda. Kesian Tok Pa dengan Tok Ma. Dorang mesti rindu Boy" ujar Sheikh Rais Afham dengan petahnya. Walaupun dilahirkan di negara orang nun jauh di sana. Raisya tetap menitik beratkan percakapan Rais supaya petah berbahasa melayu. Dan Rais seorang extraordinary kerana mengikut gen Raisya.

***

Tok!tok!

Datin Amani yang sedang membaca majalah terhenti sebaik saja terdengar ketukan di pintu rumahnya. Dia bangun untuk membuka dan melihat siapa yang datang.

"Cari siapa ya?" Datin Amani bertanya kepada seorang perempuan yang berada di hadapannya.

"Madam A?" tanya perempuan itu lagi."Ya saya. Mana kamu tahu?" Gadis itu mula menurunkan sedikit mask yang menutupi separuh mukanya.

"Ya Allah Anakku! Bila balik? Kenapa tak bagitahu Mama?" Raisya hanya tersenyum kerana berjaya memberi kejutan buat keluarga susuan dia.

"Baru 3 hari Ma.." tangan Datin Amani disalami dan dikucup Raisya. "Boy mana?" tanya Datin Amani.

"Suprise!!!!!"

"Boyyyy!!" terjerit kecil Datin Amani apabila melihat kehadiran cucunya Rais dibelakang anaknya. Tubuh kecil itu dipeluk dan dikucup kedua-dua belah pipi tersebut.

"Meh masuk!" jemput Datin Amani.

Mereka bertiga pun masuk.

"Raisy balik Hyung Ayyan tahu tak?" tanya Datin Amani sambil menuang air ke dalan cawan anak dan cucunya.

"Tahu. Lagipun Hyung yang cadangkan sebab Raisy rasa dah tiba masanya untuk mencari dia.."ujar Raisya lalu memandang anaknya, Sheikh Rais Afham yang sedang bermain bersama pengawal keluarga susuanya,Chio. Chio, satu-satunya pengawal paling lama dalam keluarga ini. Dia tampak senang melayan Rais. Rais pula mudah mesra dalam diam dengan kaum dewasa terutamanya golongan seperti ayahanda dan abang-abangnya.

"Chio" panggil Raisya dengan baik.

Chio yang sedang bermain bersama cucu majikannya berpaling dan melangkah datang kepada Madam A dan Mrs Selenanya.

"Yes Mrs Selena"

"Awak pergi sediakan apa yang patut dalam bilik bawah. Dan saya rasa awak tahu apa awak kena buat bukan?" Chio yang mendengar hanya mengiyakan arahan Mrs Selenanya. Dia tahu dah tiba masanya dia melatih Sheikh Rais Afham untuk memegang peralatan-peralatan berbahaya tersebut.

"Raisy makanlah dulu. Mama nak temankan Rais dekat bilik bawah" pamit Datin Amani. Kini tinggal Raisya keseorangan. Tiba-tiba terasa bahunya dipegang. Pantas dia bangkit, kilaskan tangan tersebut ke belakang pemilik tuan tangan tadi.
 
"Akak?"

"Hai adikku sayang"

Sharifah Ainul ketawa kecil sambil manahan sakit. Kuat beno adiknya yang seorang ini. Raisya pantas melepaskan pegangannya yang agak sedikit kasar. Ganas sangat, kasihan pula kakaknya itu. Dijemput kakaknya itu duduk bersama untuk makan.


Sudi² lah baca story ni:-
Arsya The Dreamer ThePrettyKimiko_

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now