#3

9.5K 421 2
                                    

Zufarr bangun dan melipatkan sejadah lalu menanggalkan songkok di kepalanya. Punggung dilabuhkan di birai katil. Terngiang-ngiang lagi kata-kata abi dan uminya petang kelmarin.

"Abi nak Farr kahwin. Abi dan umi dah jumpa family dia. Dan dia anak angkat Uncle Sheikh dan Aunty Amani. Kalau nak tahu siapa dia kamu tanya Ameer. Ameer kenal dengan bakal zaujah kamu. Kamu setuju?"-Abi

"Tapi abi.."-Zufarr

"Tak ada tapi lagi. Umi dah berkenan sangat dengan anak angkat Uncle Sheikh kamu. Kakak kamu pun dah setuju. Tinggal kamu saja. Itupun kalau Farr sayangkan abi dan umi?"-Umi

"Bagi Farr seminggu dua boleh?"-Zufarr

"Tak payah sampai seminggu dua. Cukup seminggu Abi dan Umi balik dari UK. Kami nak tahu jawapan kamu. Faham?"-Abi

Tegas abi dan umi dia memberitahu. 'Siapa dia? Anak angkat Uncle Sheikh dan Aunty Amani? Betul ke Ameer kenal? 'gumam hati kecil dia. Rambut dia dikusutkan. Nasiblah handsome. Rambut macam mana pun tetap tak mencacatkan rupa dia. Ai author ni berangan pulak. Dahlah Zufarr ni serabut giler.

Handphone miliknya dicapai. Whatsapp dibuka dan contact nama Ameer dibuka.

Whatsup bro? Aku nak jumpa kau boleh?

Ameer
Yo whatsup. Asal? Nak tanya pasal bakal zaujah kau erk?

Wey! Laju kau tahu erk. Kenapa tak bagi tahu aku awal?

Ameer
Hehe. Terlupa. Tak apa bro jangan risau. Kau akan tahu dan yang pasti kau akan setuju dengan abi dan umi kau.

Amboi bro. Yakin nampak. Ala bagilah tahu siapa dia?

Ameer
Aduh wey jumpa nantilah. Aku sakit perut. Mahkamah dah panggil. Chau.

Zufarr mengeluh. Ameer ni asal taknak bagitahu siapa yang abi dan umi nak kahwinkan dengan aku. Aku ni muda lagi kot. Melepaslah aku. Aku nak dia. Tapi dia.. Jujur Zufarr inginkan orang yang dia sukakan yang menjadi zaujah dia.

Tring!

Zufarr yang ralit tersedar sebaik sahaja noti masuk. 'Chat dari Haidar?'

Bro Haidar
Raisya masuk hospital.


Asal?

Bro Haidar
Macam biasa. Kau nak datang tak?


Ha aku datang nanti. Wad berapa?

Bro Haidar
Okay. Wad selalulah. Macam kau tak tahu. Jumpa nanti. Chau.

Haidar melepaskan keluhan berat. Tangan gadis yang terbaring lesu disisi dia di usap. Kasihan Raisya. Dia teringat hal tadi. Sebaik sahaja Raisya bangun dia menangis sampai pengsan. Nampak sangat gadis itu betul-betul tak setuju.

"Assalamualaikum"Zufarr yang baru sampai dipandang.

"Waalaikumussalam. Hum kau rupanya. Nak duduk?"tanya Haidar.

"Tak. Jum duduk dekat sofa tu.."ajak Zufarr sambil melangkah mendekati sofa bersama Haidar.

"Aku kena kahwin. Aku.."belum habis Zufarr memberitahu Haidar memintas.

"Raisy pun. Kau dengan siapa?" tanya Haidar.

"Anak angkat Uncle Sheikh daddy Ameer. Raisy pun?!" terkejut Zufarr.

"Jangan-jangan!"serentak Zufarr dan Haidar berkata.


R

aisya bangun sebaik sahaja mendengar azan Subuh di Ip milik dia. Dia bingkas bangun lalu mencapai tuala dan berlalu ke bathroom. Sesudah menunaikan solat subuh Raisya duduk menghadap cermin di meja solek dia.

Tok! Tok! Tok!

Ketukkan dipintu membuatkan Raisya melihat ke pintu melalui cermin. Kelihatan Abang dia Haidar Habib. Haidar melangkah ke arah dia dengan senyuman yang manis.

"Hai my barbie. How are you today?" Haidar bertanyakan khabar dia. Senyuman yang diberikan oleh Haidar menjadi tanda tanya dia. Kenapa abang dia macam suka saja dia kena kahwin? Takkan dia sorang saja yang tak kenal bakal suami dia.

"I'm fine.Thank you. Kenapa abang nampak happy sangat?"soal Raisya.

"Abang happy sebab nak adik abang happy. How about Raisy? Tak nak happy ke untuk ayahanda dan bonda? Abang tahu Raisy terpaksa. Tak salahkan Raisy berkorban untuk kali pertama demi kebahagiaan ayahanda dan bonda?

Abang yakin Raisy kuat nak harungi semua ni. Raisy tahu tak bakal suami Raisy tu baik. Dan abang yakin Raisy mampu bahagia dengan dia. Senyum sikit,"hujah Haidar sambil memeluk erat bahu adik dia. Raisya cuba melakarkan senyuman.

Sejurus Haidar keluar,masuk pula ahli Spirit. Mereka merapati Raisya dan masing-masing berpelukan dengan dia. Mereka sebenarnya gembira untuk Raisya. Sebab Raisya bakal kahwin dengan orang yang selama ni dia suka. Tapi sayang Raisya awal-awal lagi dah menolak untuk tak nak ambil tahu dengan siapa dia akan berkahwin.

"Hai girls! Mana pengantinnya?"Kak Nini yang menjadi jurusolek dia masuk.

"Ouh si cantik ni. Okay nama Raisya kan. Meh akak nak make up!"ujar Kak Nini dengan senyum.Setelah hampir setengah jam Raisya sudah siap di make up kan.

"Okay girls, siap! Raisya, akak make up kamu nipis sahaja sebab apa? Sebab kamu tak make up tadi pun nampak cantik. Sekarang dah make up pun lagi cantik. Teruja akak tengok tahu?"ramah Kak Nini berbicara.

"Haahlah Raisy. Kau memang cantik sangat!"puji Julia.

"Betul cakap Kak Nini. Aku yang tengok kau ni pun bangga gila sebab yelah kau nampak gorgeus bila make up. Kalah hakak. Kan girls kan?" sambung Moon sambil seronok memuji sahabatnya.

Raisya geli hati dengan pujian ikhlas semua yang berada dalam bilik dia. Yalah, ini kali pertama dia pakai make up dengan penuh. Sebelum ni kalau nak pakai pun dia hanya pakai lipstik, lipbalm,lipgloss dan banyak lagi jenis lipslah. Walaupun bonda selalu belikan macam-macam jenama alat solek. Boleh dikatakan penuh satu meja dan laci meja ada alat solek.

"Raisya dah siap? Pengantin lelaki dah sampai. Jum turun!" panggil Katrina pembantu peribadi bonda Raisya.

Raisya bangun lalu melihat cermin untuk terakhir kali. Nafas panjang di ambil dan di hela. Berdebar rasanya nak turun. Mohon jangan jatuh tangga. Jahat author kau doakan Raisya. Hahaha.

Sebaik sahaja Raisya turun anak tangga. Semua tetamu tak lepas memandang ke arahnya. Kedengaran banyak pujian yang didengar. Raisya tersenyum dan matanya tak diangkat untuk melihat pengantin lelaki lalu duduk di sebelah bonda dan Mama Amani.

"Aku terima nikahnya Tengku Raisya Namira Selena dengan mas kahwinnya sebanyak 7777 ringgit dibayar tunai.."

Sah?

Sah!

Sah!

Raisya yang hanya mendengar akad nikah oleh bakal suaminya akhirnya menitiskan air mata. Tak tahu perasaan apa yang dia rasa. Gembira? Sedih? Semuanya bercampur baur.

"Raisya,hulur tangan"ujar Mama Amani.

Raisya menghulurkan tangan dia. Cincin yang bertatahkan berlian berwarna biru dipandang. Cantik!

"Zufarr! Kiss la dahi isteri kamu tu!" Raisya yang mendengar pantas mendongak melihat pengantin lelaki dia. Terpana dia. Air mata dia mengalir lagi. Kali nk bukan lagi air mata kesedihan tetapi kegembiraan. Entah kenapa dia rasa gembira. Kerana lelaki yang bernama Sheikh Zufarr Hilal adalah suami diakah?

Okay guys. This for you all. Hehehe 1022 words. Sis tak pandai nak buat scene nikah. Tapi sis dah cuba. Hope korang paham dan mampu bayangkan. Bila dah baca jangan lupa vote ye. T_T

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now