#26

5.4K 258 1
                                    

"Tuan"

Jejaka berhoodie yang sedari tadi ralit dengan dunianya tersedar setelah dipanggil.

"Macam mana?"

"Ada yang cuba bunuh kawan-kawan dia Tuan. Tapi tak berjaya sebab dia.." belum sempat anak buahnya habis bercakap, jejaka tersebut memotong.

"Panggil dia Mrs Namira"

Anak buahnya terdiam sebelum menyambung.

"Tapi Mrs Namira berjaya menghalang mereka. Saya rasa mereka semakin dalam bahaya Tuan" kata anak buahnya meluahkan apa yang bermain dibenak fikirannya.

"Siapkan segala persiapan seperti yang di rancang. Tap .. Tak apa. Sediakan saja" arah jejaka berhoodie tersebut.

"Baiklah Tuan" ujar anak buahnya sebelum berlalu keluar.

Tangannya mula bermain dengan sebilah pisau. Dia bangun dari duduknya dan pisau itu dibaling.

Tap!

Rais tersenyum bangga melihat ibunya yang sedang berlatih memanah. Setiap panahannya begitu tepat mengena sasaran. High five dilayangkan sebaik saja Raisya hampir. Lagak mereka seperti kakak dan adik.

"Hebatnya ibu" Raisya tersenyum tipis mendengar pujian dari anaknya.

"Boy nak belajar tak?" soal Raisya dan Rais cuma menggeleng. Raisya masih tersenyum. Dia tahu anaknya tidak mahu kerana sesuatu. Tetapi punca itu masih belum diketahuinya.

"Raisy,Boy, mari minum petang" ajak Datin Amani yang sedari tadi menemani mereka berdua.

"Come Boy" ajak Raisya lalu mereka anak beranak keluar dari bilik bawah tanah itu.

"Uncle Bib!!"

Haidar Habib yang baru saja melabuhkan duduknya bangun mendapatkan anak saudaranya.

"Boy!"

"Bila uncle datang?" soal Rais Afham lalu dia diangkat  ke atas riba oleh Haidar Habib. Raisya yang baru keluar tersenyum bersahaja.

"Dah lama sampai Aidar?" soal Datin Amani duduk bersama Raisya.

"Baru sampai jer Ma. Papa Sheikh mana Ma?"

"Papa kamu tu selagi Mama tak calling dia, selagi tu tak reti balik. Tapi kalau tahu anak-anaknya berkumpul macam ni.." belum habis Datin Amani berbicara, terdengar suara memberi salam.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" salam dijawab serentak oleh Haidar,Raisya, Boy dan Datin Amani. Lalu muncul Dato Sheikh Ahmad bersama briefcase.

"Abang.. Mehlah duduk"ajak Datin Amani seraya bangun mendapatkan suaminya. Dikucup tangan suaminya dan diambil briefcase tersebut.

Raisya tersenyum memandang perlakuan ibubapa susuannya. Bahagia. Itu yang mampu diungkap buat pasangan tua tersebut. Kalaulah suaminya disisi.. Tentu mereka begitu.

Raisy rindu Abang! Namun kata-kata sedemikian hanya terungkap di hatinya.

Huargh 😭 kesian Raisya. Bilalah dia nak bahagia an. Banyak betul dugaan dia dengan Zufarr. Zufarr hilang ke mana erk? Haih..

Btw guyssss my dearesttt readers yang disayangi kerana membaca dan meng'vote. Thanks too much. Hakak dah update. So selamat habis baca jangan lupa vote. Korang tak vote tak ada update 😈 hikhik 😂 okok maaf gurauan aye yang kasar. Gurauan ke? Ok dah.. Penat membebel bukan ada yg ramah tamah lgi tomah nak komen an 🙌😂

Stay read. Vote & comment ok 😉✨

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now