#7

7.4K 355 0
                                    

"Jemput minum Farr"ujar Datin Amani menjemput menantunya minum air.

"Susah-susah ja Mama"ujar Zufarr lalu mengambil cawan yang telah dituang air ke dalamnya.

"Assalamualaikum Mama"Zufarr,Ameer dan Datin Amani pantas menoleh ke arah suara yang memberi salam itu. Kelihatan Raisya yang sedang menuju ke arah mereka.

"Anak mama"Datin Amani pantas mendapatkan Raisya lalu memeluk gadis cantik itu. Zufarr agak kaget dengan situasi yang dilihatnya sekarang. Anak mama?

"Hai orang tu rindu mama saja. Kita ni langsung tak dirindukan"ujar satu suara dari atas tangga. Raisya menoleh dengan terkejut.

"Oppa!!!!"jerit Raisya lalu berlari untuk memeluk lelaki itu. Lelaki itu pula sudah siap mendepakan tangannya untuk menyambut pelukan dari Raisya. Zufarr memandang dengan hati yang sakit namun wajahnya dibiarkan kelihatan cool.

"My YeoDongsaeng(adik perempuan ku)!"ujar lelaki itu separuh menjerit bila Raisya sudah memeluknya. Zufarr hairan dengan dia orang. Sorang oppa. Sorang yeodongseng apa entah. Pengaruh korea juga family ni.

"Oppa, bila balik sini? Kenapa tak bagitahu? Tadi bukan oppa kata seminggu lagi ke nak balik"tanya Raisya sambil membuat muka merajuknya. Aduh comel betul. Memang konfirm ada orang jelly teruk lepas ini.

"Ha Farr kenalkan itu anak sulung Mama, Sheikh Arayyan. Maaflah ya Farr kalau tersinggung dengan cara mereka melayan Raisya. Raisya tu memang dari kecik lagi dia orang suka memanja. Maklumlah, Raisya anak susuan Mama jadi automatik jadi adik mereka"jelas Datin Amani menerangkan keadaan sebenar.

Zufarr hanya menganggukkan saja. Baru sekarang dia faham. Patutlah sampai sakan sangat berpeluk. Baru nak melayan jelly. Ish tak macho lah hang Farr. Ko diam author hahaha.

"Yeodongsaeng, sudah-sudahlah tu peluk Hyung Ayyan. Your nampyeon(suami) will be jealous you know?"tegur Ameer berbaur pesanan tegas kepada Raisya.

Raisya bagaikan baru tersedar kehadiran Zufarr terus menundukkan wajah. Malu. Why. Kenapa baru dia tersedar. Sekarang perangai dia dah terkantoi.

"Ha Raisya,Farr malam ini kamu berdua bermalamlah disini ya. Lagipun boleh dinner dengan kami"tutur Datin Amani kepada anak menantunya. Raisya terkejut.

"Tapi mama baju.."

"Tentang baju kau pinjam baju aku Farr. Raisya tak apa dalam almari dah belambak dah ada"pesan Ameer meyakinkan Zufarr. Raisya hanya memberi jelingan maut kepada Ameer. Ameer membalas dengan smirk. Sengaja.

Selepas makan malam, Raisya sudah naik ke biliknya. Zufarr, Ameer dan Arayyan pula lepak di luar rumah. Mama Amani dan Papa Sheikh pun dah masuk bilik.

"Farr,macam mana malam pertama dengan Raisya?"tanya Arayyan mula bersuara. Zufarr yang sedang minum air tersedak.

Uhukk uhuk..

"Sorry Farr. Abang just nak tahu"pinta Arayyan mula terasa bersalah. Ameer pula galak gelakkan Zufarr. Merah padam wajah lelaki itu.

"Tak apa Farr okay. Tentang first night kami tak ada apa jadi pun. Walau malam tu agak nak runtuh jugaklah iman ni tertengok"ujar Zufarr agak perlahan.

"Maksud kau tertengok yang macam mana tu?"tanya Ameer. Zufarr hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Setelah itu Zufarr memulakan cerita dari dia masuk untuk berehat di balkoni sampai dia memastikan Raisya sudah nyenyak terlena. Zufarr perasan wajah Arayyan agak berubah sedikit. Mungkin terkejut.

"Farr,farr cintakan Raisya tak?"serius Arayyan mula bertanya. Ameer hanya menjadi pendengar dari tadi.

"Tipulah siapa tak sayang bini kan. Tapi jujur Farr bagitahu abang dengan Ameer. Farr dah jatuh cinta lama dah dengan Raisya. Farr mula suka kan dia masa Cikgu Pengawas melantik dia jadi pengawas"jujur Zufarr meluahkan isi hatinya.

"Maksud kau dah 3 tahunlah kau suka dekat dia?"tanya Ameer yang sedari tadi agak sedikit kaget.

Melihatkan Zufarr hanya terdiam, Arayyan dan Ameer menganggap jawapannya adalah ya. Yalah, orang tua-tua kata kalau diam tandanya setuju. So betullah kan. Arayyan mula memikirkan sesuatu. Zufarr perlukan bantuannya dan dia perlu menyelamatkan rumah tangga adik kesayangannya.

Sorry guys, I can write 605 words only for now. Thanks for read even not vote. Huhu TT_TT

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now