#34

4.9K 243 0
                                    

Hampir seminggu berlatih bersama ibunya, Rais berjaya mahirkan diri dengan memanah.  Raisya bersyukur anaknya mahu dan mampu mahirkan diri memanah sepertinya. Hasratnya tercapai sebelum dia kembali ke Korea semula. Dia akan meletakkan Rais di bawah pengawasan Ameer dan Trace Hero.

Diikutkan hati seorang ibunya, dia tak hendak tinggalkan Boy. Tapi dia perlu kuat supaya masalah yang menghimpit diri dan keluarganya segera pergi. Dia tak minta untuk apa-apa malah intan permata.

Bahkan berlian sekali pun dia tak ingin. Kerana semuanya dia dah miliki. Yang dia cuma nak hanyalah kebahagian dia,suami dan anaknya saat mereka bersatu.

"Raisy?"

Raisya memaling ke sisinya. Kelihatan Ameer yang duduk disisinya.

"Hyung... "

"Dah lama hyung duduk sini?" soal Raisya.

"Bolehlah.. apa yang Raisy menungkan tadi?" tanya Ameer memandang wajah tenang adiknya.

"Tak ada apa yang adik menungkan. Cuma gembira.. Boy dah berjaya belajar memanah. Rasanya nanti bila Raisy dekat Korea tak adalah risau sangat.." tipu Raisya.

Ameer tersenyum. Adiknya yang manja dan ibu orang yang comel ni sebenarnya mana tahu menipu dengan abang-abangnya.

"Raisy,raisy.. dari kecil sampai sekarang.. mana reti menipu abang" ujar Ameer sebelum menyekeh kepala Raisya.

"Hyung!!!"

Hahahaha..

Flashback

tskk.. tskk..

Ameer dan Haidar yang sedang bermain sembunyi-sembunyi terdengar suara menangis. Bila dicari-cari baru jumpa. Rupa-rupanya adik mereka yang sedang menangis di sebalik pokok. Mereka berpakat untuk membiarkan dahulu Raisya.

Setelah makan malam, mereka berdua menarik Raisya untuk menceritakan sebab Raisya menangis.

"Tadi petang kenapa Raisy menangis?" tanya Arayyan selaku abang sulung mereka. Raisya menunduk diam sambil bermain jari-jarinya.

"Raisy... hyung tanya kenapa?"tanya Ameer pula. Raisya mengangkat muka dengan senyuman  sebelum menjawab.

"Raisy okay saja. Tadi.. petang.. mata tertiba sakit.. sebab tu Raisy nangis..." bohong Raisya walhal matanya sudah mula berair dikelopak mata. Tunggu benteng untuk pecah sahaja. Tanpa Raisya sedar, Haidar memegang kuat lengan Raisya.

"Arghhh.. sakit!" rintih Raisya dan airmatanya mengalir.

"Mata Raisy tak sakitkan.. yang sakit tu dekat sini.. kenapa taknak bagitahu?" soal Haidar pula.

"Raisy.. tsk tsk.. raisy taknak hyung risau.. tskk tskk" jujur Raisya sambil menangis.

End flashback.

Ameer ketawa saat mengingati memori kecil-kecil mereka. Raisya hanya tersenyum. Dia akui dia sangat manja. Dan dia satu-satunya seorang adik yang paling beruntung sebab ada abang-abang yang sayangkannya.

Sis serabut ︶︿︶

Idea bersepah.  = ̄ω ̄=

Nak kutip mana satu hah? 😂

To be continued..

Vote k vote..  😂

bgi sis semangat.. Ada 50 vote jamin sis update pepagi buta esok  😂😘

Srs2.. Bhai💕😏

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now