#45

4.4K 182 3
                                    

Ibu!!!!!!

Hai Boy sayang ibu! Sihat?

Sihat,alhamdulillah.

Sayang,ibu nak kenalkan Boy dengan someone

Siapa?

Raisya memandang orang yang menapak ke arahnya lalu berdiri di sebelahnya. Iphone di tangan Raisya bertukar tangan. Manakala Boy, hatinya begitu berdebar menanti. Siapalah gerangan yang bakal dikenalkan ibunya?

Assalamualaikum Sheikh Rais Afham a.k.a Boy

Waalaikumussalam.. Wa.. Walid! I.. Ini Walid..boy?

Sheikh Zufarr Hilal hanya tersenyum senang bila anak terunanya yang seorang itu begitu terkejut dan kelihatan teruja.

Ya. Ini Walid.

Kenapa muka Walid tak sama macam dalam gambar ?

Nanti Walid cerita yer. Boy kenapa tak tidur lagi?

Boy rindu ibu dengan Walid lah. Ibu pergi mana?

Boy, nanti ibu dengan Walid cerita yer. Sekarang pergi tidur. Nak jumpa Walid tak?

Nak!!! Okay!! Boy tunggu Walid dengan ibu.  Saranghaeyo Appa! Amma! Assalamualaikum!

Terus panggilan video tertutup. Hil ketawa melihat keterujaan seorang anak. Alhamdulillah, hatinya gembira tidak terkata. Raisya tersenyum sahaja.

"Amboi dia! Terus off call tak sempat balas kata sayang pun" rungut Raisya saja mengadu. Hil ketawa, alahai happy awa yer :')

"Sayang, jom"

Raisya melihat Hil disebelah dengan pandangan yang hairan. "Jom? Gi mana?"

"Bagi adik dekat Boy"

"Ehhh,sayang tak sihat. Jangan nak mengada. Dah jom masuk tidur" Hil ketawa besar bila si isteri dah lari masuk bilik.

Dalam hatinya, Hil merasa bersyukur yang tidak terhingga. Akhirnya, dia dapat bersama isteri dan anaknya nanti. Alhamdulillah.

Raisya memandang wajah di hadapannya yang sedang nyenyak tidur. Jari runcingnya menyelak rambut depan suaminya. Ah! Ketampanan Zufarr tak pernah hilang walaupun bertukar rupa. Malah semakin tampan!

"Dah puas perhati wajah abang ?"

Pertanyaan dari Zufarr Hilal mengejutkan si isteri. Sebenarnya, dia dah lama bangun. Tapi saja membiarkan si isteri menatap sepuas-puasnya. Kedudukan mereka sekarang, kepala Raisya di atas lengan Hil memudahkan Hil untuk mencium dahi licin Raisya. Raisya terkedu, sebab rindunya pada sang suami terlerai jua.

Bertahun-tahun lamanya mereka berpisah sedikit pun tidak mengurangi rasa kasih dan sayang di antara mereka. Hil bersyukur dikurniakan seorang isteri yang tabah menjalani hidup tanpa dirinya, yang setia menanti akan kepulangannya dan yang kuat menempuh pelbagai dugaan hidup.

Eh korang  ini kali chapter paling pendek sikit yer. Sebab sis sibuk buat persiapan raya. Hehehe 😘

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now