Bab 54 💦

6.2K 659 6
                                    

Dua minggu sudah pun berlalu. Aku menjalani pembelajaran dengan lancar di University of Oxford. Aku jumpa kawan-kawan lama aku, aku jumpa pensyarah lama aku. Semuanya masih sama walaupun sudah lama tidak berjumpa. Aku sentiasa berada di sebelah Taehyung. Dia pun. Hazel mestilah ada! Tunang Taehyung. Entah bila nak berlangsung, aku pun tak tahu.

"Jom makan dekat sini. Saya lapar." Kata Hazel. Aku ketawa sambil menggeleng. Reda sahaja Taehyung apabila diheret oleh Hazel ke sebuah restoran hamburger. Menyelerakan dan kena dengan selera aku.

"Haerin, nak tak?" Aku tersedar dari termenung singkat tadi. Hazel dah berada di kaunter bersama Taehyung sementara aku pula di belakang mereka.

"Boleh. Nak set B tu. Aku cari tempatlah ya?"

"Okey. Kat sana tu." Hazel tunjukkan jari ke arah satu tempat. Aku angguk-angguk dan terus beredar. Aku duduk, dan keluarkan telefon bimbit. Ruang perbualan aku dan Jimin, aku buka. 

Tanpa sedar aku termengeluh. Jimin sibuk agaknya. Dah dua hari mesej aku tak berbalas. Kali terakhir dilihat pun, dua hari lepas. Aku rindu! 

"Hei, berangan?" Aku tersentak. Hazel dan Taehyung sama-sama ketawa. Mereka duduk. Set hamburger aku diletakkan di depan aku. Aku cuma tersenyum pahit.

"Kau okey tak ni, Rin? Kenapa macam sugul je? Stress eah?" Soal Taehyung. Aku menggeleng. Fries yang nampak sedap ni pun aku rasa berpasir je. 

"Taklah. Okey je."

"Kau rindu suami kau?" Tebak Hazel. Aku yang mendengar terus rasa panas mata. Tanpa segan aku angguk.

"Dia tak reply pun mesej aku. Puas dah aku spam."

"Sibuklah tu. Alah, relakslah. Tak ada apa-apa." Kata Hazel. Aku seka sikit air mata yang ada di hujung mata. Aku menarik nafas panjang.

"Aku risau ada apa-apa jadi dekat dia."

"Kalau ada sesuatu, mesti Kak Hessa dah inform kau dulu. Sekarang ni okey je. Dah, jangan risaulah." Kata Taehyung. Dia senyum, aku pun senyum. Buat syarat untuk aku nampak gembira depan mereka. Tapi hakikatnya, aku masih rasa risau. Tak boleh tidak, aku kena telefon Kak Hessa juga malam ni.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now