Bab 24 💦

6.8K 743 46
                                    

Aku memerhatikan si kembar sambil mendukung Helena yang dah lama tertidur di atas bahu aku. Adriana dan Ariana bermain-main pasir. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pula memerhatikannya dari bawah pokok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pula memerhatikannya dari bawah pokok. Tak jauh pun, dekat je. Sementara mummy dan daddy mereka menukar baju, tak pun berdating ke, akulah yang menjadi penjaga mereka bertiga. 

"Mummy Haerin!" Aku angkat kepala.

"Ya, Ariana? Kenapa?" Tanya aku. Ariana berlari-lari mendapatkan aku. Aku melihatnya dengan mata mengecil. Silau tapi tak ada matahari. 

"Apa ni?" Ariana menunjukkan sesuatu yang ada ditangannya. Kulit cengkerang.

"Ni cengkerang nama dia, sayang. Cuba sebut. Ceng.. ke.. rang.." aku mengajar Ariana. Ariana memerhatikan bibir aku yang sedang menyebut. Terherot-herot bibirnya mahu mengikut rentak bibir aku. Aku senyum.

"Macam mana nak sebut?" Desak Ariana lagi dengan kepelatannya. Siap pegang bibir aku tu.

"Ceng.. ke.. rang..."

"Mummy! Jangan laju-laju!" Aku ketawa. Sakit muka aku dicengkam Ariana sebab dia geram aku cakap laju-laju. 

"Ceng..." 

"Ce..." Ariana ikut.

"Ke..."

"Ke..." Ariana ikut lagi.

"Rang."

"Rang." 

"Cengkerang."

"Cekerang." Aku ketawa. Aku usap rambut keperangan coklat Ariana. 

"Mummy bagi... satu markah! Salah sebut." 

"Alahh.." panjang muncung Ariana. Aku menepuk punggungnya suapya menemani Adriana yang sendirian. Mereka berdua ni bukan boleh leka. Karang tak pasal-pasal terus hilang!

"Cengkerang." Aku terkejut dan terus laju menoleh. Jimin. Dia sudah menukar pakaiannya lebih santai. Aku tersenyum.

"Ya, cengkerang." Aku membuat suara sama seperti mengajar Ariana tadi. Jimin duduk di atas tikar yang sama dengan aku. Aku masih memeluk tubuh Helena. Jimin menongkat tubuh ke belakang menyebabkan kepala aku hampir mendarat di atas bahunya. 

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now