Bab 40 💦

8.3K 762 69
                                    

Hoseok dan Jungkook sama-sama menggeleng kepala apabila mendapat tahu tindakan Jimin terhadap Haerin siang tadi. Hoseok lagilah.. selepas kes Daelia selesai, satu lagi kes tak selesai lagi.

Jungkook pula ringan tangan hendak membalas tamparan Jimin tadi.

"Kau tampar adik ipar aku tau? Kau sedar tak? Kalau kakak dia tahu, aku nak jawab apa? Silap hari bulan, dia suruh kau ceraikan Haerin sekarang juga." Terus terangkat kepala Jimin. Terkejut.

"Aku tak nak ceraikan dia. Aku sayang dia."

"Hah tahu pun sayang. Yang kau pergi marah kenapa?! Eee..." Hoseok menggeleng kepala. Mujur sahaja mereka di tempat awam sekarang, di gelanggang boling. Kalau tidak... ada yang berguling melanggar pin tu tadi.

"Mannequin tu memang aku nak buang. Tapi bukan dekat tangan dia."

"Eh, berterima kasihlah dengan Haerin sebab dia tolong pecahkan. Nak tunggu kau? Jadah! Silap-silap kau bercium dulu dengan mannequin tu barulah kau pecahkan." Kata Jungkook, pedas. Mata Jimin terus mencerlung.

"Jaga mulut kau, eah."

"Dah, tak payah gaduh dekat sini. Aku tak nak ada kes bertumbuk pula." Kata Hoseok. Masing-masing diam. Jimin meraup tangan ke muka.

Kemudian dia merenung tangan sendiri. Tangan inilah yang dia gunakan untuk menampar pipi Haerin tadi. Masih terasa sakit dan kebas kerana kuat tamparannya.

"Dah lewat ni, jom balik. Babies aku tak nak tidur pula. Baru nak rasa bujang." Kata Jungkook. Dia terus bangun. Diikuti Hoseok. Jimin masih duduk. Termenung.

"Hei.. jom. Balik." Hoseok cuit Jimin.

"Baliklah dulu." Kata Jimin. Hoseok dan Jungkook mengeluh. Biarlah. Malas dia mahu mengambil port.

"Hmm.. yelah. Aku balik dulu." Jimin amgguk. Tinggallah dia bersendirian di pusat boling ini.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now