Bab 4 💦

6K 837 33
                                    

Aku tepuk-tepuk punggung Helena yang sedang tidur. Bibir aku mengalunkan nada-nada tidur. Nyenyak tidurnya. Kak Nara muntah-muntah dalam bilik air.

Aku masih tak puas hati dengan panggilan aku yang dimatikan oleh Jembalang Pendek tadi. Rasa macam nak menangis pun ada.

Setelah memastikan Helena betul-betul tidur, aku angkat tubuhnya dan masukkan ke dalam baby court.

Ding dong..

Ding dong..

"Eh, ada orang." Aku terus melangkah laju keluar dari bilik belakang. Aku kerutkan dahi. Lelaki itu membelakangkan tubuhnya.

"Jemput masuk, encik." Kata aku selepas membuka pintu. Dia menoleh. Terlongo aku.

"Eh, Encik Jimin. Buat apa dekat sini?" Soal aku. Lelaki itu buat muka tak tahu. Dia terus masuk ke dalam. Baru aku nak marah, dia dah buka kasut. Lega sikit.

"Mana?" Soalnya. Aku mengerutkan dahi. Dia terus duduk di kaunter.

"Mana apa?"

"Awak kata tadi ada benda nak tanya, tak faham. Mana?"

"Ohh.. cakaplah." Aku terus berjalan laju mendekati Jimin. Aku keluarkan satu per satu dokumen kewangan dan aku bentangkan atas meja.

"Ni..."

Jimin diam. Lepas tu dia berdecit.

"Benda macam ni pun tak tahu?" Soalnya. Aku terdiam. Rasa nak marah ni!

"Awak tak tunjuk, mana saya tahu."

"Kerja asyik nak kena suap je. Macam mana nak berjaya?" Pedas lidah Jimin, menjilat telinga aku yang memang dah mendidih teruk. Aku tarik nafas panjang. Cuba bersabar.

"Tak, masalahnya sekarang ni, Encik Ji..."

"Panggil Jimin je."

"Okey, masalahnya sekarang ni, Jimin. Saya tak faham. Awak tak terangkan apa-apa pun. Macam mana saya nak tahu?!" Aku ternaik suara tinggi. Jimin angkat kepala, wajah bekunya ditayang. Oh my... rasa macam nak lempang je. Patutlah Kak Nara lempang dia dulu!

"Okey, macam ni." Jimin mula menerangkan satu per satu. Aku tekun mendengarnya. Terangguk-angguk kepala aku. Mula faham.

"Oh, macam tu je?"

"Ya, Haerin." Suaranya lembut pula. Aku senyum nipis.

"Terima kasih, awak."

"Sama-sama."

Aku kemas meja. Tapi aku rasa macam tak selesa. Ada sepasang mata yang tak henti-henti memandang aku.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal aku. Jimin tetap diam. Malah dia makin menongkat dagu merenung aku. Eh, dia ni kang. Dahlah panahan mata macam nak tertembus dinding!

"Jimin?"

"Saya kenal awak, Haerin." Aku terkaku seketika.

"Awak.. kenal saya?"

"Muka awak mirip macam..."

Drtt.. drtt..

Jimin mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Aku kembali menegakkan tubuh. Jimin bangun dan beredar selepas mengangkat panggilan.

Mirip siapa? Muka aku mirip siapa?!

Haih.. nak kena tanya Kak Nara ni. Tak pun Hoseok. Abang ipar aku? Kak Hessa?

Aku akan tanya semua!

○ ●●●● ○

Bosan en? Umm saya belum jumpa rentak. Kepala saya sakit ni. Sabar yaa..

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now