Bab 8 💦

5.4K 756 14
                                    

"Kenapa datang?" Aku terkejut teruk. Sampai nak terhincut bahu aku mendengar suara Jimin bertanya. Aku berdehem, menghilangkan rasa gugup yang datang secara tiba-tiba.

"Emm.. nak hantar ni." Aku tepuk-tepuk sekotak kecil manisan lemon. Kening Jimin ternaik.

"Kek lemon?" Aku terkejut.

"Awak tahu?"

Dia cuma tersenyum dan mendengus sahaja. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Aku berganjak sedikit dari dia.

"Dah ada tulis kat kota tu."

"Ohh..." malu aku!

"Saya tak rasa awak datang sini untuk bagi kek ni je semata. Ada apa-apa ke?" Aku pandang Jimin. Dia ni macam tengah cover sesuatu dari aku. Lepas tu kalau pandang bukan reti nak sekali. Banyak kali, sampai aku rasa sesak nafas!

"Saya masih nak tahu, muka saya mirip dengan siapa sebenarnya? Kita pernah kenal ke sebelum ni?" Aku terus tanya. Malas aku nak berbasa-basi.

Jimin diam. Dia bermain dengan jarinya. Aku rasa diabaikan.

"Jimin... kalau ada sesuatu yang awak nak luahkan, luahlah." Aku bersuara lembut. Kalau aku mendesak, bimbang dia makin menjauhkan diri dari aku.

"Kalau saya luah, apa yang saya dapat?"

"Ketenangan."

Dia diam. Aku menyusun kata.

"Jimin, saya tahu, saya tak kenal lagi awak. Tapi, perangai pelik awak ni buat saya rasa nak dekat je dengan awak. Mesti ada sesuatu. Kan?" Aku cuba merangsang fikirannya dengan kata-kata aku. Aku pandang wajahnya dari tepi. Kelantangan suara aku, hanya aku dan dia sahaja yang dengar. Aku tak nak meja, kerusi, pintu, dinding, bingkai gambar dengar suara aku. Ini rahsia!

"Saya tak boleh cakap kat sini." Katanya. Aku diam. Dia nakkan privasi.

"Jom..." aku mendongak apabila Jimin berdiri.

"Pergi mana?" Dia hanya senyap. Aku tiada pilihan. Aku nak dengar masalahnya. Jadi aku ikut.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu