Bab 33 💦

6.1K 719 25
                                    

Aku rasa hubungan aku dengan Jimin makin regang kerana hal tu. Tapi, hal itu sudah pun selesai. Hoseok sendiri sudah berhadapan dengan semua orang tentang Daelia. Memanglah, pada awalnya Kak Nara, aku dan Kak Hessa sukar untuk menerima kerana Hosek bertindak sendirian sehingga menimbulkan keraguan semua orang.

Tetapi apabila Hoseok memberitahu, Daelia mengalami kemurungan...

Kak Nara mula menerima, Kak Hessa sedia membantu. Aku pula.. lega. Aku yakin, Hoseok bukannya mencari Daelia kerana cinta. Tapi kerana ingin membantu. Sedangkan Yoongi sendiri suaminya pun gagal mahu memulihkan emosi Daelia sejak rahimnya dibuang. Jadi apa salahnya kami semua ingin membantu? Daelia sudah bersuami, dan perasaannya mudah terganggu, aku yakin dia juga sudah tiada perasaan terhadap Hoseok.

Daehyun.. anak angkat mereka. Aku mula faham perjalanan hidup semua orang. Konflik yang berlaku ini cuma sementara. Kak Nara dan Hoseok sedia membantu Daelia untuk memulihkan emosi wanita itu. Jungkook dan Kak Hessa pun sama.

Jadi.. kes mereka selesai di sini. Cuma kes aku dan Jimin pula tiba-tiba melarat. Aku tak tahulah kenapa, tapi aku rasa mungkin Jimin dah rasa bosan dengan aku?

"Awak..." aku bangun dari sofa apabila Jimin pulang ke rumah menonong ingin ke bilik.

"Hmm..."

Nampak?

"Saya nak minta maaf."

"Untuk?"

"Pasal hal saya hari tu."

Jimin diam. Aku tak betah. Dia macam tak nak berbaik dengan aku. Dia cuba nak wujudkan jurang antara aku dan dia.

"Awak, saya dah tak tahan dengan hubungan kita. Semua benda dah selesai, takkanlah kita pula yang nak bergaduh?"  Soal aku. Direct. Jimin masih kaku di hadapan pintu bilik, sementara aku di belakangnya.

"Bincang pasal hal ni lain kali. Saya penat."

"Jimin, no!" Aku paut lengan Jimin sehingga dia terpusing menghadap aku. Aku marah. Aku cukup marah jika hubungan yang aku rasa sangat bernilai, tapi tiba-tiba jad begini.

"Awak nak bincang apa malam ni? Saya penat, saya letih, saya nak tidur." Dia mengelak.

"Hati awak masih tak boleh terima saya sebagai isteri awak ke?" Soal aku, bergeletar suara aku.

"Macam apa yang saya cakap, saya tak suka pendam. Saya cintakan awak, Jimin." Ucap aku lagi. Aku pantas memeluk dada bidangnya. Sedihnya aku, pelukan aku tak berbalas.

"Haerin..." bahu aku ditolak lembut. Aku lepaskan. Aku memandangnya.

"Hmm?"

"Jangan cintakan saya. Sebab saya tak boleh cintakan perempuan lain selain Yaera." Aku terperanjat. Dah lama Jimin tak sebut nama Yaera. Tapi hari ni.. jelas telinga aku menjamah nama itu.

"Awak dah janji tak nak sebut nama dia. Kan?"

"Saya cintakan dia. Bukan awak." Sungguh, aku terluka. Jimin.. jujur. Dan kejujuran itu menyiat hati aku.

"Macam mana saya nak pulihkan awak kalau awak masih tak boleh lupakan dia?" Aku cuba memancing perasaannya, tentang janji lama aku dulu. Tapi dia bertindak masuk ke dalam bilik dan kunci pintu. Aku mengeluh. Tersandar lemah di pintu dengan nafas yang panjang.

Aku bertepuk sebelah tangan, itu tak apa. Tapi aku tak nak dia terus sakit dengan cinta lamanya.

Apa nak buat?

"Saya teringin nak ada anak." Aku teringat. Dia... nak ada anak. Tapi aku dan dia tak pernah bersama.

Jatuh ke maruah aku kalau aku cuba goda dia? Atau aku cuma dapat malu?

Tapi kalau dengan cara ini saja dia boleh bahagia, aku sanggup.

○ ●●●● ○

Fanfic ni pelikk hahhhahahaah. Saya nak fokus kat hero heroin. Yang lain sampingan so x nak berat2. Takut saya pula yang bengong. Kbye.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now