Bab 48 💦

8.3K 706 75
                                    

Aku menggigit bibir bawah sambil termenung, berfikir. Aku nak beli apa untuk Jimin makan tengah hari nanti? Aku dekat butik, dia semestinya dekat pejabat. Aku dah berjanji dengan dia tadi aku nak ke pejabatnya untuk buat sesi pemujukan ke pusat wayang. 

Kalau bukan sebab ada Chris Evan dekat cerita tu, aku takkan bersungguh macam ni. Infinity War. Dah tengok? Hmm... aku dah tak boleh nak tahan nafsu daripada pergi sendirian sekarang. Kalau Jimin tak nak juga, barulah aku pergi sorang. Haih.. kadang-kadang aku tertanya juga. Kenapalah aku dilahirkan terlalu baik? Nak keluar seorang diri tanpa memberitahu Jimin pun aku rasa itu adalah satu kesalahan yang berat. 

"Haerin, saya nak keluar ni beli makanan atau sesuatu yang boleh dikunyah. Nak kirim apa-apa tak?" Aku terus memandang Daelia. Dia berdiri di hadapan aku. 

"Emm... saya nak pergi ke office Jimin sekejap lagi sebenarnya. Tak apalah, awak pergi. Saya beli sendiri nanti." Kata aku. Daelia mengangguk dan senyum.

"Ohh.. okey." Aku membalas senyuman itu dan Daelia beredar. Aku menarik nafas panjang. Tak payah beli apa-apalah. Jimin bukannya makan nanti. Mesti dia bagi alasan diet sebab tak nak menganggu kerja dia. 

Dasar! Dah pendek tak cukup kalsium pun sibuk nak diet!

Eh, terkutuk. 


*******


"Selamat tengah hari Puan Haerin Hessa." Ketika aku menunggu lif, aku ditegur. Siap nama penuh. Aku menoleh dan senyum.

"Selamat tengah hari. Tu nama penuh saya, janganlah sebut. Haerin je pun dah okey. Hessa pun tak apa. Mudah." Kata aku. Aku rasa macam dilayan pelik pula bila aku nak ke sini. Semua orang kenal aku sebagai 'Isteri Pengurus Kewangan'. Apa, dia ingat aku kaya raya macam CEO ke? Suami je pengurus kewangan. Tapi aku mengurus hati dia. 

Kah! Haerin, stopbeingcringe.

"Saya suka sebut nama puan. Nampak macam saya tengah berborak dengan orang luar." Aku menepuk dahi. Budak lelaki ini piun. Sentiasa keluar masuk untuk menghantar surat kepada semua syarikat dan kedai yang menginginkan tempahan baju secara eksklusif di sini. Tapi di sini cuma pejabat. Kilangnya khas di satu tempat saja. Di mana, aku tak tahu.

Ting!

"Saya orang sini jugalah, awak. Tak payahlah anggap macam tu." Aku dan lelaki muda susia aku ni masuk ke dalam lif. Nombor 21 aku tekan. Dah macam usia aku. Lama jugalah nak sampai ke atas. Sempat berborak panjang.

"Tak bolehlah, Puan Haerin. Mata tu... eee saya geram!" Aku macam nak tergelak besar melihat lelaki ini cuba nak pegang biji mata aku. Dia ketawa.

"Kahwinlah dengan orang Barat. Mata saya ni, biru biasa je. Ada yang berwarna biru hazel, hijau hazel, coklat hazel. Hazel, sangat cantik." Kata aku. Aku sebut hazel, tiba-tiba aku teringatkan tunang Taehyung pula. Hazel. Orang Barat juga tapi warna matanya sungguh lawa! Beruntung Taehyung. Aku pula yang cemburu. 

"Wahh.. cantiknya. Macam Puan Hessa, isteri Tuan Jeon. Selalu juga dia ke mari. Lepas tu anak kembar dia pun ada mata macam Puan Hessa juga. Cantik." Tak sudah-sudah lelaki ini memuji. Aku rasa segan. Tapi dalam masa yang sama aku agak bangga memiliki sesuatu perkara yang diinginkan oleh orang. Sekurang-kurangnya, aku dapat membanggakan Jimin juga. Dia kena bersyukur ada isteri macam aku. Kah! Mula dah aku nak angkat bakul...

Ting!

"Okey, dah sampai." Aku melambai ke arah piun tadi kerana dia berlari ke tempat lain. Aku pulak tenang di tempat lain. Aku masuk je, semua orang pandang pada aku, pandang dengan mata terkejut dan senyum. Aku agak kekok juga. Dulu tak ada pun macam ni. Pelik. 

Aku kini berhenti di meja setiausaha Jimin. Aku bukan jenis terjah ya. Serik kerana kejadian dulu. 

"Hai, Yeri. Jimin ada?" Tanya aku.

"Eh, Puan Haerin! Oh my God, cantiknya puan hari ni." Aku mengerutkan dahi. Aku tenung diri sendiri. Celah mana?!

"Tak adalah biasa-biasa je." Aku sengih. Garu sisi dahi, menanti dia menjawab soalan aku.

"Tuan Jimin ada. Tapi sekarang dia dekat pantri agaknya. Puan masuklah dalam." Kata Yeri. Dia masih pandang aku atas dan bawah. Okey, ini sangat menakutkan. 

"Terima kasih."

"Sama-sama." Aku pun beredar. Aku pulas tombol pintu dan masuk ke dalam. Baru je aku nak duduk, atau nak hack komputer Jimin, dia dah masuk dulu.

"Hai, sayang." Aku melambai ke arah Jimin yang berdiri tegak dekat pintu, sambil memegang mug. Lambaian aku tak dibalas, tetap dia merenung aku atas bawah agak tajam. Apa benda ni?!

"Jimin..." aku mengatur langkah mendekatinya. Rasa tak boleh duduk diam. Baru je aku nak peluk, dia menjauhkan diri. Tapi masih pandang aku. Macam nak marah pun ada.

"Kenapa ni? Saya ada buat salah ke?"

"Baju jenis apa yang awak pakai ni?" Automatik aku tengok diri sendiri. Atau lebih mudah, aku tengok dinding kaca yang memantulkan badan aku sekarang. 

"Kenapa dengan baju ni?"

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

"Kenapa dengan baju ni?"

"Ketat, mendedahkan. Tahu tak ramai lelaki dekat sini? Tadi masuk sini semua orang tengok tak?" Soal Jimin. Dia ke meja kerjanya. Aku ikut.

"Tengok. Peliklah juga, biasanya tak adalah macam ni. Kenapa? Seksi sangat ke?"

"Too much, sayang. Pergi tukar baju." Kata Jimin. Aku dah ternganga luas. Aku pandang dia, dia tayang muka tak bersalah. Sabar, Haerin. Jimin memang macam ni. Kau baru kenal sehari dua je ke?

"Alah, takkanlah nak membazir masa sebab nak tukar baju je? Tak naklah." Aku menggeleng. Jimin berdecit. 

"Suka eah orang lelaki tengok awak macam ni? Tahu tak dekat luar tu bahaya? Kalau ada orang tarik awak, dia culik ke, rogol ke, tak takut?" Mula dah Jimin buat spekulasi sendiri. Aku mengeluh. Nak je aku cakap macam ni, 'Yang selalu 'rogol' saya tu awak!' Tapi aku fikir kesan-kesan buruknya. 

"Ada ke orang nak rogol saya kalau pakai macam ni? Dekat UK tak ada pun."

"UK dan Korea dua negara berbeza. Dekat sana, awak fahamkan? Sex in public pun benda biasa. Orang tak hairan. Dekat Korea nak macam tu? Hmm.. kena hambat pakai paranglah jawabnya." Kata Jimin. Berbahang muka aku dibuatnya. Dia dah pandai cakap terbuka dengan aku macam ni dah sekarang. Sampaikan aku pun rasa panas muka.

"So nak tukar ke?"

"Tukar."

"Tak payahlah. Eah?" Jimin dah mengeluh. Dia buka laci mejanya dan mengeluarkan satu kunci. Kemudian dia menghulurkan kepada aku. Aku ambil lambat-lambat.

"Apa ni?"

"Ni kunci wardrobe saya. Dalam tu ada banyak baju. Kalau tak nak tukar, ambil denim jacket pun dah okey. Tutup bahu." Kata Jimin. Aku masih juga mengeluh. Tapi ikutkan juga arahan dia. 

"Nak kena bayar ke ni?" Melihat Jimin mengangguk, aku dah nak marah dah.

"Baik balik rumah je kalau macam ni."

"Awak bayar saya dengan benda lainlah." Kata Jimin. Aku yang faham apa maksud dia tu, terus ke wardrobe. Fuh... bahang. 

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin