Bab 39 💦

7.9K 811 25
                                    

Aku membelek pipi pada cermin. Merah, bengkak. Sehingga ke malam aku masih rasa sakit. Sedangkan air mata yang menyentuh pipi aku pun rasa sakit. Jimin pula tak balik rumah langsung. Aku dah tawar hati. Aku dah tak rasa apa-apa langsung.

Apa yang aku nak rasa sekarang, aku tak nak jumpa dia lagi. Aku nak kuburkan nama dia.

Aku keluar dari tandas dan terus capai bagasi yang ada di bawah katil. Aku buka almari, mula memunggah pakaian. Jatuh lagi air mata aku. Sakit lagi pipi aku. Perit lagi hati aku.

Aku tak nak duduk di sini. Aku nak ke luar negara. Ke tempat asal aku. Lagipun di situlah aku membina nama untuk menjadi seorang doktor. Lagi beberapa minggu lagi sebelum aku kembali sambung belajar. Aku sambung belajar, aku tinggalkan Jimin juga. Aku tetap ke luar negara juga. Sama je.

Selesai sahaja mengemas, aku mencapai telefon. Nombor telefon Kak Hessa aku dail.

"Helo, Kak Hessa."

"Helo, Haerin."

"Akak, Haerin nak minta tolong boleh?" Aku rasa suara aku bergetar. Aku menarik nafas. Aku tak nak dia tahu apa-apa.

"Tolong apa?"

"Kalau Jimin ada tanya apa-apa pasal Haerin, cakap dekat dia, Haerin dekat kondo lama."

"Eh, kenapa ni? Kenapa tak bagitahu sendiri?"

"Dia off phone. Haerin nak kemas barang kat situ. Takut kalau dia cari nanti." Cari? Mimpi je.

"Ohh.. okeylah. Betul awak okey ni, adik?" Aku angguk-angguk.

"Ya, okey. Terima kasih."

"Sama-sama."

Aku letak telefon. Kemudian aku ke aplikasi pembelian tiket penerbangan.

KOREA - UK

Aku akan pergi esok pagi. Jadi malam ini, aku tetap akan keluar, tapi duduk di hotel. Aku dah terdesak sangat, jadi semua benda aku akan rasa baik.

Aku telefon kawan aku yang ada di sana. Mengatakan aku akan ke sana. Setelah selesai, aku rasa... lega. Pipi yang terasa kebas aku sentuh. Sekadar mahu mengelap air mata yang jatuh.

Sudahlah.. aku lebih rela digantung tak bertali daripada duduk serumah. Aku penat dan letih.

Lepas ni, dah tak akan saya lagi. Saya akan pergi walaupun hati saya rasa terpaksa. Jaga diri, Jimin.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now