Bab 41 💦

8.5K 776 34
                                    

Jimin melangkah masuk ke dalam rumah dengan dahi berkerut. Kenapa dia rasa macam lain macam saat melangkah masuk ke dalam rumah ni? Ada sesuatu yang tidak... kena.

"Mya..." Jimin mula mencari-cari kucing isterinya. Mya. Tapi puas dia mencari, memanggil, tiada langsung sahutan. Jimin ke bilik Mya. Mahu melihat jika Mya ada di dalam sangkar. 

"Lah, sangkar pun tak ada?" Jimin rasa tak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya sekarang. Pantas, dia berlari ke bilik. Almari di buka. 

Pakaian masih ada. Tetapi... macam berkurangan. Laju tangan Jimin mengeluarkan telefon bimbit. Nombor telefon Hessa didail.

"Helo, Jimin. Cari Haerin ke?" Tebak Hessa. Jimin mengeluh lega. Hessa tahu Haerin tiada.

"Haah. Dia kat mana eah sekarang?"

"Dekat kondo. Katanya nak ambil barang." Kata Hessa. Hessa turut tidak tahu apa-apa. Jadi apa yang adiknya sampaikan, dia akan beritahu kepada Jimin.

"Ohh... terima kasih, Hessa."

"Sama-sama." Nafas Jimin bertukar lega. Ambil barang. Baru dia mahu mencapai tuala untuk mandi, matanya terpandang sebentuk cincin di atas meja solek. Dahinya berkerut. Cincin itu pantas diambil. 

Ini cincin... Haerin. Kenapa dia tanggalkan cincin? Terlupa nak pakai atau sebenarnya.. isterinya itu melarikan diri?

Jimin tak senang hati. Ada sesuatu yang sedang dirancang oleh isterinya itu. Tidak boleh tidak, dia perlu juga mencari Haerin sekarang. 


******


Aku tenang di hotel sekarang. Langsung tak rasa seperti ada gangguan atau sendu yang mampu melayukan hati. Aku pangku Mya. Kesian Mya. Tak jadi pergi grooming sebab suaminya buat perangai. Aku tiba-tiba teringat Kak Nara. Kak Nara tak tahu apa-apa pun pasal ni. Jadi kalau aku tak bagitahu, semua orang tak akan tahu aku akan ke UK esok.

Biarlah semuanya menjadi tanda tanya. Biar semua orang salahkan Jimin. Padan muka dia.

Drtt... drtt...

Aku memandang ke sisi. Telefon aku berdering. Mengejutkan, Jimin telefon aku. Ah, kenapalah aku tak sekat je nombor dia tadi? Selepas tempoh pendailan tamat, cepat-cepat aku sekat nombor telefon Jimin. Terus senyap. Tiada langsung gangguan. 


******


"Your number has been blocked by..."

"Fuck." Jimin mencarut. Tangan menyentuh dahi. Tadi kali pertama elok sahaja, masuk kali kedua dia disekat. Jimin tahu, Haerin mahu melarikan diri darinya. 

Gila. Tiba-tiba dia rasa bersalah dan bodoh kerana marah tak tentu pasal. Walhal dia sendiri boleh menjadi matang dan berbincang dengan Haerin. Ini tidak, api disimbah dengan petrol, maraklah jawabnya.

Jimin tak senang. Dia kini berada di dalam kereta. Baru sahaja keluar dari bangunan kondo Haerin tadi. Tapi kondo itu kosong. Ah, betullah. Haerin sedang mengajaknya untuk 'bermain'. Dia pasti, dia akan kalah teruk.

'Sayang....'

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora