Bab 52 💦

7.5K 699 10
                                    

Hari ni adalah hari terakhir aku bekerja sebab lusa aku dah pun sibuk untuk ke UK. Kak Nara beria-ria nak ikut aku ke sana. Tapi disebabkan dia mengandung, Hoseok bising-bising. Helena pula tak boleh duduk diam kalau dalam kapal terbang. Yang ikut aku ke sana hanya Kak Hessa. Jimin pun tak ikut, sebab dia ada komitmen lain. Aku tak kisah pasal tu pun sebab aku pergi sebab belajar. Jungkook kena jaga si kembar. Jadi aku adalah peluang nak merasa berjalan-jalan dengan Kak Hessa dekat UK sana. 

Aku sibuk mengemas pakaian dan keperluan yang aku perlu bawa. Di sana masih ada lagi pakaian yang ada. Cuma di sini aku perlukan sikit-sikit saja. Jimin ada sekali, duduk di katil, perhatikan aku tengah pening kepala.

"Haerin..." aku angkat kepala.

"Hmm?"

"Ada lagi ke yang kena bawa? Ada benda yang kurang belum dibeli?" Tanya Jimin. Aku menggeleng laju.

"Tak ada dah. Semua dah cukup. Cuma... ada sesuatu yang saya terpaksa tinggal." Kata aku. Aku dekatkan diri dengan Jimin, duduk di sebelahnya. 

"Apa dia?"

"Awaklah." Tiba-tiba aku rasa bawah mata aku berat. Hidung aku perit dan sakit. 

"Auww... kenapa ni?" Aku menunduk dan letakkan kepala di atas bahunya. Jimin memeluk aku, erat. Aku membalas pelukan itu dan menangis senyap. Aku dah kata, aku tak suka berpisah kalau dah bersama.

"Entahlah. Berat hati." Kata aku. Ya, aku sebenarnya berat hati. Aku rasa macam ada sesuatu je bila nak tinggalkan Jimin sendiri.

"Tak ada apa-apalah. Semuanya okey."

"Awak kena jaga diri. Masak sendiri, makan sendiri, sediakan baju sendiri." Kata kau. Makin sedih, makin laju air mata. Benci betullah aku! Aku tak suka macam ni!

"Ya, sayang. You too. Sentiasa ingat yang kita selalu dekat walaupun jauh." 

"Auww... comel."

"Siapa comel?"

"Awaklah." Aku angkat kepala dan seka mata dengan belakang tangan. Jimin ketawa. Aku pegang kedua belah pipi Jimin dengan tangan.

"Saya akan rindu awak." Kata aku. Sungguh, terasa berat sangat aku nak pergi. Pergi belajar je pun. Haih, teruk kau, Haerin.

"I will too. Dahlah, jangan macam ni." Aku redakan rasa sedih walaupun ianya masih bertandang. Jimin tarik kepala aku, dia cium di tengah kepala. Aku rasa tenang bila dia buat macam tu. Dulu, tenang juga. Tapi disebabkan dia masih belum dapat menghapuskan kenangannya bersama Yaera, jadi aku rasa kosong. Rasa seperti ianya terpaksa. 

"Pergi dengan Kak Hessa je kan?" Tanya Jimin. Aku angkat kepala dan geleng.

"Taklah. Taehyung ada. Kitorang satu sem." Kata aku. Jimin terus tayang muka tak puas hati. Tergelak besar aku.

"Kenapa buat muka macam tu?"

"Saya masih ingat dia cium isteri saya."

Aku ketawa. Aku peluk Jimin dan diam sahaja. 

"You're mine. No one can touch you except me." Katanya. Aku betul-betul rasa terharu. Makin kuat aku peluk dia.

"Kesian suami saya ni."

"Tahu pun kesian. Oh ya, saya ada sesuatu nak cakap ni." Kata Jimin. Aku terus longgarkan pelukan dan memandang Jimin.

"Nak cakap apa?"

"Kalau ada jadi apa-apa dekat saya, jangan balik sini. Habiskan belajar. Faham?" Aku terus mengerutkan dahi.

"Apa awak cakap ni?"

"Tak, untuk persediaan je. Malang tak berbau kan, sayang?"

"Jimin..."

"Jangan melawan?" Aku mengeluh. Ini lagi aku rasa berat hati. 

"Janji dengan saya, jaga diri tau." Kata kau. Jimin angguk lambat-lambat. Kemudian aku senyum, nak sedapkan hati. Walhal hati aku sekarang dah bergendang-gendang.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin