Bab 31 💦

5.9K 687 32
                                    

Aku bekerja seperti biasa setelah pulang dari Jeju seminggu yang lalu. Tapi, keadaan sangat janggal. Aku rasa serba salah sangat melihat Kak Nara kerap termenung, Helena tak dilayan sehingga menangis si kecil itu. Aku menarik nafas panjang. Tubuh Kak Nara aku dekati.

"Kak Nara..."

"Hmm?" Kak Nara menggumam. Pipinya diusap perlahan dengan belakang tangan. Aku duduk.

"Akak okey?" Soal aku. Kak Nara cuma diam. Dia angguk.

"Hari ni akak kena pergi hospitalkan? Kena check darah." Aku mengingatkannya. Kak Nara lemah sangat untuk kandungan yang kedua ini. Jadi doktor peribadi tak boleh lagi memeriksa di rumah.

"Hoseok tak ada. Dia outstation." Kata Kak Nara. Sayu nadanya. Kesian pula aku melihat. Hoseok pergi bekerja luar, macam menipu je. Jimin kata seminggu ni dia nampak je Hoseok kat pejabat. Tapi tidur di hotel. Katanya mahu mencari Daelia.

"Kalau macam tu, biar saya yang temankan akak. Ya?" Kak Nara mencebik. Kemudian dia tekup muka dan menangis. Cemas aku. Aku peluk Kak Nara dan usap-usap belakangnya dengan perlahan.

"Akak.. jangan risau. Semuanya okey."

"Hoseok dah lama tak telefon akak. Sejak balik Jeju hari tu, lama dah dia tak balik. Akak risau." Kata Kak Nara. Makin erat aku memeluknya. Ya Tuhan.. sebegini teruk Kak Nara diperlakukan. Teruk Hoseok.

Tengoklah kau, aku buat apa nanti.

*******

"Puan Haerin Hessa, puan tak bol..."

"Hoseok! Awak tengah menipu Kak Nara, awak tak sedar ke?" Aku mula menyerang. Ketika itu, Hoseok sedang mengadakan mesyuarat bersama dengan beberapa orang lelaki kemas bersuit. Aku mengundur. Alamak.. salah ke?

"Aerin, bukan ke saya dah cakap yang saya ada meeting?" Wajah Hoseok tegang. Aku menelan liur. Semua orang memandang aku.

"Dah, tuan. Tapi..."

"Panggil Jimin sekarang."

Ah, sudah. Mati aku.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Där berättelser lever. Upptäck nu