Bab 42 💦

8.8K 768 20
                                    

Awal pagi lagi aku dah bersiap-siap untuk keluar dari hotel. Aku mengenakan pakaian serba hitam. Tidak mahu ada sesiapa yang nampak aku. Aku nakkan pemergian aku ni tak diketahui sesiapa termasuklah Kak Hessa. Kak Hessa nak marah, terpulang. Aku perlu rawat hati yang dah lama terluka kerana suami sendiri.

"Siapa nama, puan?"

"Haerin Hessa." Kata aku selepas ditanya oleh pekerja kaunter hotel ini. Aku betulkan rambut yang agak merimaskan. Rasa macam nak kerat pun ada.

"Okey, sudah. Terima kasih dan datang lagi." Aku senyum nipis dan kemudian terus berlalu ke tangga lobi. Aku menaiki kereta hotel untuk ke lapangan terbang. Bagasi aku diangkat dan dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Ke mana, puan?" Aku masuk ke dalam kereta sahaja, pemandu bertanya. Aku senyum ke arah lelaki berusia 50-an ini. Kuat lagi bekerja.

"Lapangan terbang."

"Okey." Bergerak sahaja kereta hotel ini, aku menarik nafas lega. Akhirnya, aku bebas dari cengkaman derita Jimin. 


******


Hessa menekan berkali-kali loceng rumah kondo adiknya yang berada di tingkat bawah sahaja. Tetapi langsung tiada jawapan. Malah siap berkunci lagi. Hairan Hessa. 

"Puan Hessa, cari siapa?" Soal seorang jiran searas tingkat kondo Haerin. Hessa menoleh.

"Oh, Encik Kim. Emm.. saya cari adik saya. Haerin Hessa. Dia kat sini semalam, nak ambil barang. Lepas tu dia kata nak balik awal pagi ni. Saya nak jumpa dia, ada hal. Ni tak ada pula. Haih..." keluh Hessa. Terus berkerut dahi lelaki separuh abad ini. Dia merenung pintu rumah kondo Haerin.

"Semalam?"

"Haah. Semalam. Pukul 11 rasanya."

"Semalam langsung tak ada orang ke aras ni. Aras ni saya sorang je sejak Haerin pergi ikut suami." Terus rahang Hessa melorot.

"Tak ada?!"

"Tak ada. Semalam pun, saya ulang-alik turun naik antara 11 malam sampai 12 malam. Kalau tak, mestilah saya nampak." Kata Encik Kim lagi. Berkerut dahi Hessa. Hatinya mula tak sedap. 

"Okeylah, tak apa. Terima kasih, Encik Kim."

"Sama-sama." Hessa naik ke atas. Jungkook sudah bersiap-siap untuk bekerja. Ada kelas katanya.

"Ada tak?" Soal Jungkook. Hessa menggeleng.

"Hessa rasa ada sesuatu yang jadilah, awak." Kata Hessa. Jungkook berdecit. Dia membutangkan baju kemejanya di hadapan cermin besar di ruang tamu.

"Sesuatu apa pula? Awak tak cuba telefon Jimin?" 

"Hessa rasa Jimin pun tak tahu yang Haerin tak ada dekat kondo." Kata Hessa. Terhenti tangan Jungkook. Jantung masing-masing berdegup laju. Hessa menggigit bibir. Resah.

"Maksud awak... Haerin hilang?" Hessa mengangguk. Jungkook menelan liur. 

"Awak nak tahu sesuatu tak, sayang?" Soal Jungkook. Dia tidak sanggup melihat isterinya resah kerana risau tentang keadaan si adik. Dia tiada pilihan. Hessa berhak tahu.

"Tahu apa?" Hessa fokus memandang si suami.

"Jimin dengan Haerin bergaduh semalam, sebab Haerin pecahkan barang dia. Tu yang..."

"Apa?!" 


******


Di butik, Nara, Hessa, Daelia, anak-anak mereka, Jungkook dan Hoseok berkumpul. Jimin juga ada. Tapi semuanya seperti mahu mencekiknya. Padahal dia sendiri juga tidak menyangka, Haerin akan lari.

"Dapat detect tak?" Tanya Jungkook sambil mencekak pinggang. Mujur Daelia pakar IT. Jadi dengan hanya menggunakan  nombor telefon Haerin, mereka akan tahu keberadaan gadis itu.

"Sekejap ya, tengah loading." Semua mengeluh. Beberapa saat kemudia, Daelia bersuara.

"Oh, dapat. Dia sekarang dekat lapangan terbang."

"Apa?!" Menjerit semua. Daelia menayangkan skrin telefon bimbitnya kepada rakan-rakan yang lain. Jimin mengetap gigi. 

"Dia nak pergi mana ni? Jimin! Ini semua salah awak!" Bentak Hessa. Jungkook cepat-cepat menahan. Bimbang biru pula mata rakannya ini. 

"Dia ada penerbangan ke UK. Pukul 10 nanti." Kata Daelia. Semua orang ternganga luas. Termasuklah Jimin. Tidak tahan dirinya asyik menjadi tundingan jari Hessa, dia terus keluar dari butik. Matanya mulai kabur. Jantungnya berdegup laju. Haerin, isterinya. Akan ke UK menaiki kapal terbang.

Terus dia rasa terbayang nahas kapal terbang Yaera. Tidak, dia perlu menghalang Haerin sekarang sebelum jam 10. Sekarang, 9.40 pagi. Sekejap sahaja lagi.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now