Bab 49 💦

7.8K 727 40
                                    

"Jomlah, Jimin. Temankan saya je. Pleasee..." pujuk aku. Puas dah aku pujuk, tapi Jimin tetap buat tak tahu. Aku sampai rasa berputus asa pun ada. Macam-macam cara dah aku cuba pancing, tapi satu pun tak sangkut!

"Tak bolehlah. Nak buat apa tengok wayang lagi? Bosanlah."

"Taklah, awak. Jomlah." Aku bangun dari sofa di bilik Jimin dan berjalan ke arahnya. Aku dah tak kira. Alang-alang dah pakai baju macam ni, biar kalahkan Jimin sampai dia sendiri yang merayu!

"Jom." Aku tolak kerusi Jimin sehingga mencecah dinding dan aku terus duduk di atas ribanya. Aku peluk leher Jimin dan diam.

"Haerin, saya nak buat kerja ni."

"Jom tengok wayang."

"Tak boleh. Duduk sini diam-diam."

Aku berdecit kasar. Tanpa membuang masa, aku bangun dari ribanya dan beredar ke sofa semula.

"Saya pergi dengan kawan saya jelah kalau macam ni." Aku capai beg tangan.

"Kawan mana?"

"Taehyung."

"Bukan ke awak kata dia dekat UK?"

"Saya kan dah nak ke sana. Jadi dia baliklah sini untuk jemput saya. Alang-alang awak dah tak nak temankan saya, biar saya keluar dengan dia je. Bye." Aku pegang tombol pintu.

"Haerin Hessa." Aku diam. Aku jeling Jimin yang dah pun bangun dari kerusinya, capai purse dan kunci kereta untuk mendekati aku. Aku sembunyikan senyuman. Cemburulah tu!

"Jom." Dia pula ajak aku. Aku kerutkan dahi. Buat-buat tak faham.

"Nak pergi mana?"

"Kata tadi nak tengok wayang, jomlah."

"Saya pergi dengan Tae..." aku tak sempat menghabiskan ayat, Jimin paut dagu aku dan bibir aku diciumnya lama. Lama, ketat sehinggakan aku rasa sedikit lemas.

"Jangan sebut nama lelaki lain antara kita. Faham?" Katanya selepas dia melepaskan bibir aku sepenuhnya. Berpeluh aku. Aku angguk.

"Pergi pakai lipstik semula." Kata Jimin. Ada sengihan di bibirnya sambil memandang bibir aku.

Aku tergamam sekejap sambil kemam bibir. Eee.. lelaki ni kan!

"Tak apalah. Dalam kereta nanti boleh." Kata aku, perlahan. Jimin senyum. Dia terus pegang tangan aku dan kami keluar beriringan.

Malu.

Segan.

Tapi suka!

Argh!!!

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now