Bab 28 💦

6.1K 731 60
                                    

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik penginapan, aku membukanya menggunakan kad akses yang telah disediakan. Terbuka je pintu, aku mengerutkan dahi. 

"Ni dah kenapa gelap ni? Jimin, kenapa awak tutup lampu?" Soal aku dalam nada yang hendak melepaskan bebelan. Aku tak takut gelap, tapi aku rabun malam. Jadi kalau nak tengok sesuatu dalam gelap, hmm... pengsan. 

"Jimin?"

"Ada ni." Aku berdecit.

"Bukalah lampu. Gelaplah. Ni, strawberry awak." Dalam pada aku membebel, aku tetap juga meraba-raba mencari suis lampu. 

"Buka lampu dulu." Kata Jimin. Aku mengeluh. Sabar, Haerin. Suami memang macam ni. Aku puas meraba ke dinding. Kesian dinding tu, tercabul kerana aku. 

"Dekat mana suis lampu ni, awak? Hish... awak ni memang tau. Saya nak teddy bear awak tak bagi, awak main tutup-tutup lampu pula. Ingat lawak?" Omel aku tak puas hati. Aku dengar Jimin ketawa. Tangan aku akhirnya terjumpa pius lampu. Pantas kau petik.

Tap!

Terang.

Aku terus terkaku dan terdiam. Jatuh bekas strawberry ke atas lantai. Lidah aku tak terasa langsung melihat pemandangan yang cukup indah pada mata aku sekarang. Bilik penginapan aku sekarang, penuh dengan anak patung kecil-kecil. Dekat katil, penjuru bilik. Siap ada kelopak bunga mawar merah lagi tu. 

Jimin pula sedang berdiri di hadapan aku, beberapa langkah jauh dari aku sambil memeluk anak patung yang aku inginkan sejak siang tadi. Tiba-tiba tubir mata aku terasa panas. Melihat Jimin tersenyum, lagilah aku rasa tak terkata.

"Jimin.. awak buat apa ni?" Aku menyoalnya perlahan. Berbisik. Jimin semakin lebar tersenyum dengan matanya yang turut sama menyepet. 

"Jimin..." aku maju dan mahu memeluk anak patung tersebut, tetapi Jimin cepat-cepat alihkan anak patung ke belakang dan aku tanpa sengaja terpeluk tubuhnya. Aku terkejut.

"Peluk saya dulu baru peluk benda lain." Kata Jimin. Tengah kepala aku terasa dikucup. Aku pejamkan mata. Nak menangis pun ada, tapi rasa nak ketawa pun ada.

"Bila awak buat semua ni? Maksud saya, bila awak beli semua ni?" Aku mendongak. Jimin main angkat-angkat kening. Aku mencebik.

"Nak kata diri sendiri hebatlah tu." Kata aku. 

"Well..." spontan aku menepuk belakang tubuhnya. Aku meregangkan pelukan. 

"Nak." Aku pandang tangan Jimin. Jimin masih diam. Aku memuncung.

"Bolehlah..."

"Cium dulu."

"Kat mana?"

"Semua."

Aku terdiam. Semua? Aku pandang muka Jimin. Dia dah pejamkan mata. Okey, sekarang perlu ke aku rendahkan perasaan malu aku untuk cium suami sendiri? Argh! Jimin, saya betul-betul dah jatuh cinta ni.

Ada 8 tempat yang aku rasa sangat sesuai untuk menciumnya. Dahi, kedua belah mata, kedua belah pipi, hidung, dagu dan bibir. Semuanya pantas dan sekilas. Kemudian aku capai anak patung itu dari tangan Jimin. Jimin celikkan mata.

"Suka?" Soalnya. Laju aku mengangguk. Kuat-kuat aku peluk anak patung tersebut.

"Suka. Terima kasih sangat-sangat. Baru nak merajuk lama-lama." Kata aku. Jimin sengih. Dia memandang sesuatu.

"Amboi, kesian strawberry saya terjatuh." Aku ternganga. Jimin sendiri yang mengambil beg kertas berisi strawberry tersebut. Aku letakkan anak patung atas katil dan mendekatinya.

"Sorry, terkejut."

"Lama beli? Kedai tutup eah?" Soal Jimin. Dia dah duduk, buka bekas strawberry tu dan makan macam tu sahaja. Hebat betul penangan Jimin dengan strawberry. Baik kahwin dengan strawberry je macam tu. 

"Eh, buka. Tak, tadi ada budak hilang. Tiba-tiba dia peluk kaki saya. Saya terkejutlah, ingatkan ada apa. Rupanya budak tu hilang mak ayah." Cerita aku ringkas. Jimin menaikkan kening.

"Oh ya? Dah jumpa ke belum?" Soal Jimin sambil menyuakan bibir aku dengan strawberry yang sudah digigit tadi. Aku menganga juga. Jimin, jangan sweet sangat boleh? Hati saya mencair dah ni.

"Dah. Gabra parents dia mencari. Tapi itulah, saya tengok mummy dia macam peliklah." Aku mula membuka cerita tentang satu itu. Jimin kerut kaning lagi.

"Kenapa pelik? Diorang tak ada hidung ke? Tak ada tangan? Kaki? Ke mulut dekat atas, mata dekat..."

"Jimin!" Aku memekik halus kerana tak boleh tahan dengan lawaknya. Tergelak aku. Jimin mengekek kecil.

"Taklah, bukannya apa. Tapi mummy dia lepas jumpa anak dia, dahlah tarik kasar, rambut saya pun dia nak tarik sekali. Then dia pandang saya, macam saya pula yang nak culik anak dia. Peliklah, sepatutnya dia ucap terima kasih." Ujar aku, tak puas hati. Sebenarnya aku memang tak puas hati pun dengan ibu Daehyun tadi. Daelia namanya. Dan bapanya bernama Yoongi.

"Eee... tak ikhlas." Aku terus pandang Jimin. Aku tahu dia bergurau, tapi aku sedang serius sekarang.

"Tak, masalahnya awak, suami dia je yang ucap terima kasih. Dia? Buat tak tahu, jeling-jeling saya adalah." Kata aku. Jimin membetulkan punggungnya. Macam tertarik dengan cerita aku ni. Strawberry masih dijamah. Sudah habis setengah bekas.

"Suami dia tu syok kat awak agaknya." Tebak Jimin. Aku punyalah terkejut.

"Dah gila eah?"

"Okey, fikir logik. Isteri dia marah sebab suami dia melayan awak baik."

"Jimin, normallah ucap terima kasih. Tapi dia ada kenalkan nama dia juga. Nama isteri dia pun." Kata aku. Jimin mengangguk-angguk.

"Siapa nama diorang?"

"Yoongi dan Daelia. Anak dia, Daehyun." Kata aku. Aku nampak pergerakan mulut Jimin terhenti. Matanya tak berkelip memandang aku.

"Daelia? Yoongi?" Sebutnya. Aku mengangguk-angguk. Bingung.

"Ya, kenapa?"

Jimin tak bersuara, dia terus bangun dan mencapai telefon. Selepas itu, Jimin melekapkan ke telinga. Aku tahu, mesti ada sesuatu ni.

"Helo, Seok. Ada berita."

Aku ternganga. Kejap, Jimin kenal diorang ke?

"Kita jumpa sekejap lagi." Kata Jimin dan terus letak telefon. Aku berdiri, nak ikut.

"Saya nak ikut."

"Jom bersiap."

________

Konflik cerita ni agak besar juga ya. Bukan Jimin dengan Haerin je ada masalah, Hoseok dengan Nara pun akan gaduh juga. Jungkook dan Hessa mangsa keadaan. 

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now