Bab 47 💦

7.7K 731 26
                                    

Aku tak boleh menahan ketawa dan akhirnya terlepas kuat ketawa aku. Aku tenung perbualan aku di telefon bimbit bersama si Kim Taehyung. Aku macam nak lepuk je. Nasib baik dia dekat UK sana. Kami sedang berlawan gambar paling buruk yang diambil bertahun lalu. Dan ternyata, aku tewas kerana dia hantar satu gambar derp wajahnya. Sumpah! Kelakar. Tapi comel. 

Macam tak percaya bahawa dia adalah seorang yang kacak dan bergaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Macam tak percaya bahawa dia adalah seorang yang kacak dan bergaya. Di universiti, boleh aku katakan dia sentiasa menjadi bualan ramai. Fesyen menjadi ikutan, sehinggakan dia mewarnakan rambut pelangi pun ada yang ikut. Tak faham aku! 

Aku seronok bergendang ketawa melayan Taehyung dekat dapur, sementara menunggu Jimin bersiap-siap untuk pergi ke pejabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku seronok bergendang ketawa melayan Taehyung dekat dapur, sementara menunggu Jimin bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Aku masih seronok berdekah dan beberapa perkataan kasar carut terkeluar. Jimin keluar dengan wajah yang dingin.

"Wifey, jaga bahasa. Apa yang seronok sangat?" Soal Jimin. Tegur. Aku terus berdehem dan buat muka macam biasa. Dia duduk di depan aku, aku masih memegang telefon bimbit.

"Chatting dengan kawan." Kata aku. Jimin mengecilkan mata.

"Kawan mana?"

"Kawan dekat UK."

"Siapa nama dia?"

"Taehyung." Jawab aku. Jimin makin mengecilkan matanya sambil melipat kemas lengan baju sehingga ke siku. Ah, kacaknya suami saya ni.

"Lelaki? Korean?"

"Haah. Dia pure korean. Tapi belajar dekat sana. Kawan baik saya." Cerita aku. Jimin mengangguk-angguk. Tapi aku tak rasa dia angguk je. Tengok air muka pun dah tahu, macam ada sesuatu yang kurang je dia ni.

"Handsome ke dia?" Soal Jimin. Aku macam nak berdekah sekarang juga. Tapi memikirkan yang aku tak nak rosakkan keadaan, aku berdehem banyak kali. Kasar dan keras. 

"Emm.. handsome. Tapi awak tetap lebih handsome dari semua orang." Kata aku. Siap sentuh belakang tangan Jimin sebab nak ambil hati. Suami cemburu, ingat senang nak tengok?

"Dia satu sem dengan awak ke nanti?" Tanya Jimin lagi. Dia makan roti berjem strawberry. Macam tak tenang je dia mengunyah. 

"Awak balik pukul berapa nanti?" Bijakkan aku? Saja tak nak panjang-panjangkan isu tentang ni. Taehyung memang kawan aku. Esok lusa bolehlah aku terangkan dekat Jimin siapa dia sebenarnya.

"6. Lewat sikit. Kenapa?"

"Malam nanti kita keluar nak? Tengok wayang." Ajak aku. Aku sengih, pegang-pegang belakang tangan Jimin nak bodek punya pasal. Aku tahu, dia bukanlah seorang kaki wayang. Tapi kali ni aku terpaksa memaksa Jimin ikut sekali. Cerita seronok sangat!

"Malaslah. Penat."

"Alah, sayang."

"Apa sayang-sayang?" Aku memuncung. Baru nak merasa comel depan Jimin, dia cium aku pula. Terkejut aku. Macam kena simbah air panas dekat muka. Malu!

"Dah, jom pergi kerja. Kunci semua pintu bilik." Pesan Jimin sebelum dia bangun meninggalkan aku. Wah, tak boleh jadi ni. Dia tak nak ikut. Okey, tak apa. Tengah hari nanti aku 'goda' dia dekat pejabat. Tengoklah awak, suamiku!

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now