Bab 6 💦

5.5K 775 18
                                    

"Siapa yang awak maksudkan yang muka saya mirip dengan seseorang?" Aku terus tanya selepas Jimin selesai membuat pesanan makanan. Aku bukan jenis yang sabar.

"Kenapa nak tahu?"

"Saya nak tahu juga."

"Haerin, benda tu semua tak penting. Awak nak jumpa saya sebab apa ni?" Soal Jimin. Mukanya ketat betul. Langsung tak berperisa. Aku memeluk tubuh.

"Mesti ada sesuatukan? Bagitahulah..." terkeluar pula suara manja aku. Wajah Jimin terus berubah. Tiba-tiba dia bangun. Aku ikut bangun.

"Eh, nak pergi mana?"

"Jangan cari saya."

"Nak pergi mana?!"

"Jauh."

Aku tercengang. Dia terus tinggalkan aku. Peliknya dia ni! Hairan betul aku! Eh, tak boleh jadi ni. Aku rasa tertanya dan terseksa sebab tak tahu apa-apa.

Esok, aku nak datang pejabat dia! Biarkan! Rasakan! Baru dia tahu aku tak boleh dipermainkan!

Huh!

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now