Bab 53 💦

6.6K 671 0
                                    

Jam 9 pagi, penerbangan aku akan bermula. Semua orang kini berada di lapangan terbang. Kak Hessa dan Jungkook di satu kelompok bersama anak-anak mereka sebab si kembar meragam tak tentu pasal. Macam tahu-tahu je Kak Hessa nak pergi selama seminggu untuk temankan aku.

Kak Nara, Hoseok dan Helena ada dengan aku. Jimin juga ada. Taehyung ada, cuma dia sibuk menguruskan semua hal. 

Tengah seronok aku berborak dengan mereka, tiba-tiba Taehyung muncul. 

"Dah, Haerin? Kak Hessa mana? Jom." Kata Taehyung. Dan selepas itu, semua orang memandang aku. Orang pertama yang aku peluk adalah Kak Nara. Sungguh, air mata dia murah sangat sekarang ni. Mood dia terganggu teruk semasa mengandung.

"Jangan menangis, Kak Nara. Relaks, nanti baby sedih." Kata aku. Aku usap-usap belakang tubuhnya sambil mengusir rasa sedih yang mendatang. Aku tak boleh menangis sekarang. Nanti ada yang tak nak naik kapal terbang.

"Jaga diri tau, Haerin. Nanti, kalau akak dah bersalin, akak ke sana."

"Ya. Saya tunggu." Aku tersenyum. Pipi Kak Nara aku usap dengan tangan. Aih.. sedihnya. 

"Auntie Haerin!" Aku menunduk. Helena dah angkat kedua belah tangan minta didukung. Ni yang lemah ni!

"Ya, shayang." 

"Nak pergi mana?"

"UK."

"Ikut!"

Aku geleng-geleng. 

"Tak boleh. Helena kena jaga mummy dengan adik." Kata aku. Helena dah memuncung. Dia tak menangis, tapi dia macam nak merajuk. Aku ketawa. 

"Jangan nakal-nakal tau." Aku pesan kepada Helena. Helena angguk-angguk laju. Aku cium laju-laju pipinya. Setelah puas, aku lepaskan. Aku ucap terima kasih dekat Hoseok sebab beri aku kerja sementara, aku jumpa abang ipar terkacak aku, aku jumpa anak-anak buah aku. Setelah puas membekalkan rindu, aku beralih kepada Jimin. Kami jauh sikit dari semua orang.

"Take care, sayang. Jangan sakit-sakit." Bisik Jimin pada telinga kau. Aku angguk-angguk.

"Awak pun. Kalau jadi apa-apa, bagitahu saya." Kata aku. Jimin geleng. Dia tak bersetuju dengan cadangan aku.

"Tak bolehlah. Nanti awak tak fokus belajar. Kata nak jadi doktor?"

"Alah..."

"It's okay, wifey. Semuanya akan okey. Jangan risaulah." Kata Jimin. Aku melihat anak matanya dalam-dalam. Matanya cuma berair, tapi tak pun menangis. Dasar, ego! Menangis jelah! Itu pun susah. 

"Kalau rindu macam mana?" Tanya aku. Aku mula memeluk Jimin. Erat. Dia membalas pelukan aku, terasa tangannya menggosok-gosok belakang tubuh aku perlahan-lahan.

"Pejam mata, sebut nama saya. Nanti dah tak rindu."

"Kalau rindu juga?"

Jimin diam. Aku pun diam. Aku dah rasa perasaan yang bukan-bukan sekarang. 

"Jangan gatal dengan Taehyung." Baru aku nak bersedih, aku ketawa. Spontan bahunya kau tepuk.

"Kenapa risau sangat pasal dia?!" 

"Of course risau. Masih segar dalam ingatan tau." Kata Jimin. Aku ketawa sambil menggeleng. Asyik tak puas hati je pasal tu. 

"Haerin? Dah? Jom." Aku memandang depan. Taehyung dan Kak Hessa dah nak ke balai perlepas. Aku angguk.

"May I?" Soal aku. Jimin menarik nafas panjang dan lepaskan. Kemudian dia angguk.

"Pergilah."

"Saya cintakan awak."

"Me too, dear."

Dan langkah kaki aku pun mula mengorak ke balai berlepas. Aku tak nak berpusing semula, aku bimbang dia nampak air mata aku bertakung. Aku pegang tangan Kak Hessa. Kekuatan aku. Kak Hessa usap-usap bahu aku.

"Relaks, jangan risau. Semuanya akan okey." Katanya. Aku mengangguk dan senyum.

"Yelah."

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now