7 | Dua Kali Lima

7.8K 68 0
                                    

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Mario Maurer sebagai King Irshad Zyn

•••

Irshad membawa aku pulang ke Apartment-nya malam itu. Aku duduk di kerusi kecil bersebelahan dengan sofanya dan aku pandang wajah Irshad yang sedang membengis. Irshad meraup wajahnya kasar. Wajah Irshad jelas benci dengan apa yang dilihatnya tadi. Sungguh aku tak pernah melihat Irshad begitu. Menakutkan.

Pergelangan tangan aku yang sedang sakit, aku urut perlahan. Aku mendiamkan diri, memikirkan apa yang bakal Irshad lakukan pada aku selepas ini. Aku tahu, Irshad mungkin akan ugut aku untuk report pada daddy soal perkara ini. Tapi, sebelum-sebelum ni pun bukan Irshad tak tahu aktiviti-aktiviti aku di sini. Masakan dia tak tahu, kalau tak macam mana dia boleh tahu aku ke mana malam tadi.

Aku tak nak takut pada dia! Aku tetap kena lawan Irshad. Kenapa aku nak kena takut dengan dia, bukan? Uh. Tak logik. Aku tak pernah takutkan lelaki. Takut pada Irshad? Hell, no. Tak akan.

"Apa you buat ni?" Irshad mendengus sambil mukanya diraup kasar. Jelas dia sangat-sangat kecewa kali ini.

Aku pandang tepat ke matanya. Ya, memang aku sedikit takut untuk melawan, lebih-lebih lagi melihat mukanya yang cukup bengis itu. Tapi aku tak peduli. Aku tak suka dengan cara dia mengongkong hidup aku. Kenapa dia suka sangat masuk campur dalam hidup aku? Aku benci betul dia.

Aku hela nafas perlahan, cuba mengumpulkan kekuatan dan idea untuk menjawab pertanyaan Irshad tadi.

"Macam yang you nampak apa yang I buat tadi." Jawab aku tenang. Aku rasa tak perlu aku nak terangkan lebih-lebih. Dia sendiri tahu. Suka hati akulah nak buat apa, bukan? Yang dia nak panas hati sangat kenapa? Bukan dia suami aku pun.

"You tak ada maruah ke?! Kalau daddy you tahu macam mana? You nak daddy tahu?" Dia mula membangkitkan nama daddy. Aku dah agak. Dia memang suka ugut aku dengan nama itu. Itu je modal yang dia ada untuk buatkan aku tunduk pada dia. Tapi, no way! Aku tak akan dengar cakap dia kali ini. Dia ingat dia siapa? Aku tak akan tunduk pada dia.

Aku tersengih sinis. "Daddy? You tak habis-habis nak sebut daddy, kan? Daddy, daddy, daddy. Tak ada modal lain ke you nak guna selain daddy? And one more, kenapa you suka sangat masuk campur dalam hidup I? Can you stop it? I tak suka."

Terus terang aku katakan aku memang benci pada Irshad. Dia tak pernah berhenti untuk ambil tahu tentang hidup aku, malahan cara dia buatkan aku rasa terkongkong. Sedangkan daddy sendiri tak penah mengongkong hidup aku. Selama ini aku tak kisah pun kalau ada mana-mana lelaki yang mahu mendekati aku, tapi Irshad sungguh berbeza. Dia buatkan aku rasa betul-betul tak selesa dengan layanannya pada aku sejak dibangku sekolah lagi. Sedangkan Irshad ini sepupu aku sendiri. Atau apa yang boleh aku katakan yang Irshad ini mungkin sudah, terlalu obses pada diriku?

"You ingat Qis, I yang jaga you kat sini. I bertanggungjawab ke atas you sepenuhnya. Kalau jadi apa-apa kat you, I yang akan dipersalahkan. You faham tak? Sebab tu I ambil berat pasal hidup you."

"Ambil berat ke menyibuk? Look, you bukan ambil berat. Tapi you me-nyi-buk. Sebelum daddy suruh you tengok-tengokkan I kat sini pun you memang suka menyibuk pasal hidup I. Dari dulu lagi. I cuma minta, you jauhkan diri you daripada I and jangan masuk campur dalam hidup I! Tu pun susah ke? Banyak kali I dah cakap yang I dah besar. I boleh jaga diri I sendiri."

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now