16 | Gila

3.1K 65 22
                                    

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Mario Maurer sebagai King Irshad Zyn

•••

Aku masih lagi memandu dan tak pasti ke mana hala tuju yang aku akan pergi. Tapi tak tahu mengapa, naluri aku kuat mengatakan yang aku ingin pulang ke Kelantan, rumah arwah Mummy.

Ya, disaat-saat inilah aku perlukan Mummy bersama aku. Tapi?

Ugh! Tuhan dah ambil Mummy daripada aku!

Aku ketap bibir menahan perasaan yang aku simpan selama ini. Tapi malam ini, aku tak mampu lagi. Aku tewas untuk menyimpan segala tangisan dan kesakitan yang terbuku.

Tsk. Tsk.

Setitik demi setitik air mata aku jatuh membasahi paha. Aku tak tahu kepada siapa lagi aku boleh meluahkan perasaan ini. Aku rindukan Mummy. Sangat rindukan mummy.

Qis rindu Mummy ni...

Stereng kereta aku hentak berkali-kali dengan tanganku untuk melepaskan perasaan. Malam ini aku terlalu emosi. Ya, aku emosi dengan orang di sekeliling aku selama ini dan dengan apa yang telah terjadi sejak aku kecil tanpa Mummy bersama aku.

Qis perlukan Mummy ni...!

Tsk. Tsk.

Teresak-esak dadaku menahan tangisan yang mencurah-curah. Aku letih dengan semua yang terjadi. Semuanya!

Pin! Pinnn-pinnn-pinnn!

Terhinjut bahuku dek terkejut. Entah dari mana sebuah kereta tiba-tiba saja membunyikan hon di belakang.

Pinnnnnn!

Aku lap air mata yang jatuh dan gosok supaya pandangan mataku yang kabur menjadi terang semula. Berkali-kali aku melihat cermin pandang belakang untuk memastikan ianya betul atau aku hanya berimaginasi.

Pin! Pin-pin!

Betul. Aku bukan berimaginasi. Memang betul ada kereta dibelakang sedang membunyikan hon.

Apa yang pemandunya mahu?

Pemandunya cuba menghampiri seakan-akan cuba melanggar bampar keretaku. Secepat mungkin aku melajukan pemanduan.

Hish! Potong sajalah. Tak ada kereta pun di laluan melintang.

***

Sepuluh minit berlalu...

Kereta di belakang masih mengekori. Ok, aku tak nak ambil pusing. Aku cuba abaikan sahaja kereta di belakang. Boleh jadi orang jahat. Atau mungkin pemandunya memang sengaja ingin mengusik?

Malam-malam macam ni? Tak mungkin.

Berkali-kali aku pandang pada cermin pandang belakang. Semakin berdebar-debar pula jantung ni mengepam.

***

Lima belas minit berlalu...

Kereta di belakang masih tak mahu mengalah. Tak henti-henti dia membunyikan hon dari tadi. Aku jadi bertambah tak sedap hati.

Siapa agaknya yang memandu?

Aku pandang semula pada cermin pandang belakang berkali-kali. Dengan suasana malam yang gelap dan cahaya lampu yang tak cukup, menyukarkan lagi penglihatan aku untuk melihat jalan dengan lebih jelas.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now