14 | Lari

3.5K 64 4
                                    

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Mario Maurer sebagai King Irshad Zyn

•••

Nada deringan iPhone X milik aku tak henti-henti menjerit suruh diangkat. Tapi aku tetap fokus dengan pemanduanku tanpa melihat langsung pemilik panggilan tersebut. Aku tahu siapa yang membuat panggilan. Tapi aku tak peduli. Aku nak lari!

Benci, marah, sakit hati! Semua bermain dalam satu perasaan. Semua perasaan yang bergabung menjadikan aku hilang arah dan terus nekad untuk bertindak. Aku tak tahu ke mana hala tuju aku selepas ini. Yang penting, aku mesti pergi jauh daripada semua orang!

Aku tekan minyak sekuat hati, menjadikan Lamborghini aku laju merentasi jalan yang ditemani dengan hutan tebal di sekelilingnya. Hari semakin larut malam. Tiada sesiapa mahu pun apa yang masih berjaga. Cuma ada pokok-pokok dan jalan raya kosong sahaja.

Aku kerling jam di atas dashboard. Dan sekarang pukul 2.43 pagi.

Tiada kenderaan yang melintas di arah berlawanan mahupun berada di depan dan belakang kereta aku. Terlalu sunyi. Ditambah dengan keadaan jalan raya yang gelap gelita kerana ketiadaan lampu, menjadikan suasana jalan nampak sungguh menakutkan. Nasib cahaya bulan yang terang pada malam ini membantu menyuluh jalan untukku.

Sememangnya aku tak ada hala tuju buat masa sekarang. Tapi ke mana gerak hati aku kata pergi, aku akan pergi.

Takut? Memang aku takut. Aku tak tahu apa yang ada di hadapan sana dan apa yang bakal berlaku pada aku selepas ini. Aku hanya berserah pada nasib. Nasib yang akan menentukan hidup aku selepas ini.

Selepas berjam-jam memandu, aku berhentikan keretaku di sebuah RNR untuk berehat seketika. Seluruh badan aku terasa kejang dan lenguh kerana memandu terlalu lama. Aku regangkan dan lakukan sedikit senaman kecil untuk melegakan otot-otot yang letih. Aku urut kepala yang sakit dan juga lengan aku yang terasa sengal-sengal.

Mual. Mual aku datang lagi. Aku pejamkan mata dua tiga saat sambil mendongak kepala untuk meredakan loya yang terasa.

"Uwerk!" Aku mual angin. Terasa kelat di dalam mulut walaupun tak sampai lagi ke tekak. Tangan kananku sibuk mengurut kepala yang sakit dengan mata yang masih terpejam rapat. Manakala tangan kiri cuba mengurut dada, kononnya supaya segala isi di dalam perut dapat ditolak semula turun ke bawah. Petua yang Mae Ina berikan padaku setiap kali mual aku datang lagi. Tak berhasil pun, tapi aku tetap juga buat.

Orang pula kata kalau rasa nak muntah, kita kena makan sesuatu yang masam. Hmm, aku tak bawa apa-apa bekalan pun mahupun asam.

Air. Ya, aku perlukan air.

Beg tangan yang aku letak di sebelah tempat duduk pemandu aku capai dengan tangan kiri, lalu aku meraba-raba di dalamnya untuk mencari botol air mineral yang aku beli sebelum perjalanan tadi.

Jumpa. Aku buka mata. Tiba-tiba tangan kiriku direntap ke belakang dan terasa ada sesuatu yang tajam dilekatkan ke leher aku.

Pisau!

Aku toleh ke kiri dan muka Irshad betul-betul berada di sebelahku.

"Kenapa kau tinggalkan aku lagi?!"

"Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!"

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now