11 | Al-Quran

4.9K 58 0
                                    

Kamus Siamme

Phee chai Abang
Khun yu thi naii Di mana awak
Khun sa bai dee mai Awak apa khabar
Dee Baik
Ni phen khong khun ru mai Adakah ini kepunyaan awak
Khor thot Maaf
Tae ta mai Tapi mengapa
Peid pratu Buka pintu
Khun ni hying phen pheun khong khun Lelaki sombong ini kawan awak

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut

Media

Qistina selepas pulang dari penggambaran dari set Rebel Nolstage

•••

Hari ini aku ada penggambaran di Nilai. Jadi abang Mikhail suruh aku singgah ke rumah dia sebelum aku pulang ke KL. Dia ajak aku ke majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat daddy. Erti kata sebenar, aku dipaksa. Abang Mikhail memang begitu. Serupa dengan daddy. Dasar diktator.

Aku berhentikan kereta di hadapan sebuah banglo mewah, milik abang Mikhail. Hon aku bunyikan dan seperti biasa pintu pagar rumah terus terbuka memberi ruang untuk aku meletakkan kereta di ruang garaj. Ais krim Magnum Chocolate Indulgence di tangan aku gigit sedikit sambil kunci Lamborghini di tangan aku pusing-pusingkan dengan jari telunjuk kiri.

Aku tanggalkan kasut tumit tinggi 3 inci aku dan letakkannya di tepi kabinet kayu kasut yang ada di tepi pintu. Kemudian aku berjalan masuk ke arah ruang tamu dengan mata aku meliar mencari kelibat abang Mikhail di merata-rata tempat. Pelik. Pintu rumah memang sengaja dibuka ataupun abang Mikhail keluar dan terlupa untuk mengunci pintu semula?

"Phee chai? Khun yu thi naii?" Panggilku dari ruang tamu.

Kosong. Tiada siapa menyahut.

"Phee chai?" Panggilku buat kali kedua.

Sama. Tapi masih juga tak disahut olehnya.

Anehnya tiada siapa menyahut. Ke mana perginya orang-orang yang tinggal di dalam rumah ini? Aku tahu abang Mikhail belum berkahwin lagi. Tapi biasanya kalau aku datang ke sini mesti aku akan disambut oleh bibik-bibik di dalam rumah ini. Mana mereka semua pergi?

Tiba-tiba aku terdengar bunyi derapan kaki di luar halaman rumah. Aku palingkan wajah ke arah pintu gelongsor kaca di ruang tamu dan aku lihat sesusuk tubuh sedang berdiri di situ membelakangkan aku. Badan tegap, ketinggian dan gaya lelaki itu membuatkan aku begitu yakin yang dia bukannya abang Mikhail. Tapi aku masih tak pasti siapa dia yang berdiri di situ, tambahan pula dengan keadaan warna pintu gelongsor kaca yang gelap itu menyukarkan lagi untuk aku melihat dengan lebih jelas.

Seminit aku memerhatikan gerak tubuhnya. Dia masih di situ tak bergerak melihat-lihat di sekitar halaman rumah dengan kedua tangannya dicekakkan ke pinggang. Tapi aku macam kenal dia dari gaya dan bentuk tubuh dia, walaupun cuma kelihatan dari belakang saja. Siapa ya?

Aku cuba melangkah ke arahnya tapi sebaik saja aku menapak tiga langkah ke hadapan, dia terus memalingkan wajah tepat ke arah aku.

Aku terkedu. Dia juga terpaku. Pandangan mata antara aku dan dia menjadi satu.

Mark Dhani. What he's doing here?

Kami terdiam untuk beberapa saat sebelum dia memberikan pandangan serius pada aku - ekspresi yang sama sewaktu aku jumpa dia di pejabatnya tempoh hari. Lalu dia palingkan wajahnya ke arah lain, tak mahu melihat aku.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now