28 | Mark Cemburu?

277 13 1
                                    

Kamus Siamme

Po Atuk
Ya Nenek

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut
Hun Haqeem sebagai Abang Ammar
Nafiz Muaz sebagai Abang Ian

•••

Aku mengatur langkah dengan cermat dan terus mengambil tempat di belakang orang ramai yang sedang beratur mengambil makanan. Meja hidangan untuk para jemaah lelaki dan wanita diasingkan. Syukur di tempat wanita tak ramai yang beratur berbanding di meja juadah lelaki. Makanan yang ada pun masih banyak yang belum diambil.

Sampai saja giliranku, aku terus mengambil satu pinggan kosong berserta sudu dan garfu.

"Oh, my god. Its look great. Ada kuih, ada bihun, nasi goreng and... apa ni?" Kuih berwarna putih yang terisi di dalam sekeping daun hijau berbentuk kon aku pandang dengan penuh rasa pelik. Ini pertama kali aku jumpa kuih berbentuk seperti ini.

Ambillah satu.

Aku ambil seketul dan letakkan ke dalam pinggan. Aku bercakap-cakap lagi seorang diri sambil mata tak senang memandang kesemua makanan yang terhidang di hadapan mata. Nafsu makanku mula bergelojak, ditambah pula perutku bising tak berhenti-henti berkeroncong meminta diisi segera yang mungkin.

Sambil mata meliar mencari sesuatu yang tak pernah aku makan, sambil itu aku meneka-neka nama makanan yang ada. Aku abaikan pandangan orang-orang di sekelilingku. Misi aku saat ini adalah untuk mencuba pelbagai jenis juadah yang aku rasa aku tak pernah cuba dan jumpa sebelum ini.

"Satu kuih lonjong ni, dua dan tiga kuih bulat-bulat ni, empat kuih dalam daun berlipat ni, lima kuih warna-warni ni dan enam... ha kuih dalam kuah putih ni. Eh, yang ni kena ambil mangkuk." Aku capai mangkuk plastik kecil yang disediakan di tepi balang air dan isikan dengan kuih berkuah putih yang aku pilih tadi.

Kesemuanya ada enam jenis kuih di atas pinggan dan satu yang berkuah di dalam mangkuk aku. Semua kuih ini tak pernah aku nampak seumur hidupku. Aku cium bau dari kuih di dalam mangkuk yang aku isi tadi dan aku cuba meneka-neka.

Santan.

Erm... Sedapnya bau! Semua aku nak cuba, muahahaha! Aku ketawa dan tersengih dalam diam. Tak sabar rasanya nak makan.

"Hurm... Habiskan kuih-kuih ni dululah. Nanti baru aku tambah yang lain. Membazir pula kalau tak habis." Fikirku.

Aku melihat semua orang di situ hanya duduk di lantai saja beralaskan tikar. Dengan tak sabarnya aku aturkan langkah ke sebuah sudut yang sedikit tersorok daripada orang lain untuk mendapatkan sedikit privasi. Pinggan dan mangkuk kuih-muih yang telah aku ambil tadi aku letakkan di lantai setelah selesa duduk bersimpul. Jarang sekali aku duduk seperti ini.

Ayu betul ya kau, Qistina. Bisikku dalam hati.

Sedang aku menikmati satu persatu kuih-muih tadi, datang seorang lelaki menyapaku dari arah kanan menyebabkan kunyahan mulut aku terhenti seketika. Aku mendongak sedikit memandang figura yang sudah pun berdiri tegak di sebelahku itu sambil menghabiskan baki kuih yang tersisa di dalam mulut.

"Assalamualaikum..." Dia memberi salam.

Oh, Aa- Ammar? Er- Aa- Abang Ammar? Mana satu ya patut aku panggil? Tak semena-mena aku tergagap dalam hati. Aku jadi kekok sebab tak pernah-pernah aku berabang-abang dengan mana-mana lelaki melainkan Abang Mikhail dan Qashah.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now