19 | Kampung

404 7 2
                                    

Kamus Siamme

Po Atuk
Ya Nenek

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane

•••

Aku berdiri membuang pandang ke luar tingkap kecil di ruang tamu. Sekali lagi aku menarik nafas dan menghembus perlahan, menikmati suasana kampung Mawar ini.

Segarnya suasana pagi kampung yang berembun macam ni. Jarang sekali aku dapat merasa suasana macam ni. Memang jarang sekali. Kali tengahari aku pernah merasa begini sewaktu aku berusia 12 tahun, ketika aku di rumah arwah Mummy.

Dah lama aku tak ke sana. Kononnya nak merajuk dan balik ke sana. Jalannya pun aku tak ingat. Aku hanya mengikut nasib saja. Kalau sampai, sampailah. Kalau sesat, beginilah. Tengok, sampai ke sini pula jadinya.

"Ughhh..." Kesalku sendiri. Aku meraup wajah dan menggosok lembut mataku yang sembab. Kecewanya rasa. Nak berundur, semua pun dah jadi bubur.

Aku senyum ke arah Mawar apabila Mawar menoleh memandangku dengan wajah cerianya. Dia sedang gembira memberi makan dedak kepada ibu dan anak-anak ayamnya di halaman rumah. Walaupun hidup Mawar nampak biasa, tapi Mawar nampak bahagia sangat. Bagi makan ayam saja pun boleh gembira macam tu sekali.

"Hmmpt." Aku mengeluh lagi. Kedua tangan aku silangkan. "Tak macam aku. Tak pernah pun rasa bahagia yang sebenar." Bisik aku.

"Setiap perjalanan hidup seseorang itu telah diatur Allah kerana ianya bersebab. Itulah namanya takdir, Qistina..." Ya di belakang bagai dapat membaca isi hatiku.

Aku menoleh, memandang Ya yang sedang duduk bersila memandang ke arahku dengan senyuman manisnya. Walaupun hakikatnya Ya agak berusia, tapi wajahnya yang manis dan matanya yang cantik bak mata Mawar tidak menampakkan langsung usia sebenar Ya. Inilah kut jawapan di mana Mawar mendapatkan matanya yang cantik itu, menurun daripada kejelitaan Ya.

"Jika perjalanan hidup seseorang itu dah diatur, jadi apa gunanya Tuhan menghidupkan manusia? Sedangkan Tuhan dah pun tahu apa pengakhiran hidup kita, kan Ya?"

Ya tersenyum mendengar jawapan dan pertanyaanku. "Kerana itu, Islam mengajarkan tiga perkara. Dan hakikatnya takdir boleh diubah dengan tiga perkara ini."

Aku memandang Ya dengan penuh tanda tanya. Aku tak pernah terfikir takdir yang Tuhan telah tetapkan boleh diubah-ubah. "Tiga perkara?"

"Ya.." Senyum Ya yang penuh ikhlas dapat aku lihat dari raut wajahnya.

Aku terus melangkah menghampiri Ya dan duduk bersimpul di hadapannya. "Boleh Qistina tahu, Ya?" Rasa ingin tahuku mula membuak-buak. Aku berminat dengan perbualan ini dan aku nak tahu lebih lagi.

PLAYGIRL | QistinaМесто, где живут истории. Откройте их для себя