21 | Kali Kedua

541 11 1
                                    

Kamus Siamme

Po Atuk
Ya Nenek

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut

•••

Aku keluar mengambil angin petang di halaman rumah sambil menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau. Tenangnya jiwa ni... Rasa nak tinggal terus je kat sini. Kataku sendirian di dalam hati.

"Rasa tenang?" Satu suara garau bertanya di belakangku.

Aku menoleh memandang empunya surau. Mulut aku terkunci saat melihat dia dah berada di sebelahku. Ini kali kedua kami bersua muka berdua begini. Seingat aku, kali terakhir aku berjumpanya sewaktu di pejabatnya hari itu.

Argh, gila. Bila teringatkan permainan yang aku dan Ash pertaruhkan hari itu buatkan diri aku rasa terlalu bodoh ketika ini untuk menghadap dia.

Muka aku membahang. Terasa pipi panas dan mengembang. Malu, segan. Soalannya aku biarkan sepi tanpa alasan. Lidah tiba-tiba kelu tak nak bersuara.

"Dapat apa bila buat semua ni, Qistina?" Soalnya pula tiba-tiba.

Aku tersedar dari lamunan dan berkerut dahi. Wajahku paling semula memandangnya dengan penuh tanda tanya. "Apa maksud you buat semua ni?" Tanyaku dengan tenang. Perasaan malu dan segan berkurang kerana ditepis dengan rasa ingin tahu kerana soalannya itu.

Dia yang masih memandang pemandangan sawah padi yang terbentang luas di hadapan kami, tersenyum sinis tanpa memandang langsung aku di sebelahnya. "Fikirlah sendiri Qistina. What you have you done?" Soalanku dibalas soalan lagi.

"Wait. I tak faham. You tahu ke apa yang sebenarnya dah terjadi? Sekarang ni you nak kata semua yang terjadi ni salah I ke?" Nafasku naik turun menahan debar, seolah-olah aku sedang dituduh telah berbuat sesuatu yang salah.

"You think?" Tanyanya lagi. Dia memandangku dengan riak wajah yang sangat serius.

Kami bertentang mata sesaat dua sebelum dia kembali berpaling wajah, kemudian aku juga palingkan kembali pandanganku sepertinya menghala ke arah pemandangan sawah padi di hadapan mata. Kedua tanganku genggam erat menahan rasa sebak. Jadi, dia rasa semua yang terjadi ini kerana aku? Aku puncanya?

"Life only once, Qistina. Appreciate it." Katanya perlahan. Kami berbalas mulut tanpa langsung melihat wajah satu sama lain.

Aku terdiam mencari kata. Dia rasa aku ni tak menghargai hidupku sendiri ke?

"This is how I live. Kalau you tak tahu apa-apa pasal life I, better you tak payah cakap apa-apa kut." Kataku penuh rasa geram sambil menahan air mata yang menakung di tubir mata.

Aku difitnah, salah aku ke?
Aku dipukul, salah aku ke?
Dan aku hampir dirogol, salah aku juga ke?!

Air mataku bertambah-tambah bergenang lagi. Aku mengetap bibir menahan rasa sebak di dada. Mukaku mula panas, hidungku mula perit bila menahan tangisan yang nak terkeluar.

Sakitnya hati aku ni dituduh macam ni sekali. Seolah-olah dia sedang menyalahkan aku untuk setiap perkara yang telah berlaku. Tak tahu ke dia yang aku cuba melepaskan diri daripada semua yang terjadi ni. Aku cuba tak buat masalah menjadi lebih teruk dan cuba ambil masa untuk diri sendiri. Tapi Irshad yang tetap mengejar aku. Dia yang buat sampai aku jadi macam ni!

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now