20 | Dua Hero

504 9 8
                                    

Kamus Siamme

Po Atuk
Ya Nenek

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut

•••

"Assalamualaikum..." Seseorang memberi salam saat kami sedang leka berbual di tengah ruang tamu.

"Waalaikumussalam..." Jawab Ya dan Mawar serentak. Kami menoleh memandang ke arah pintu utama rumah.

Kelibat Abang Mikhail muncul di hadapan pintu.

Aku sedikit tergamam saat Abang Mikhail muncul. Tak tahu bagaimana keberadaan aku diketahuinya.

"Qis?" Abang Mikhail menghampiri aku.

"Phee Chai?" Aku juga berdiri menghampiri Abang Mikhail. Tiba-tiba air mataku bergenang. Tak tahu kenapa dan apa yang telah membuatkan aku sungguh terharu. Mungkin kerana Abang Mikhail ada di sini.

"Qis.." Abang Mikhail juga bergenang air mata memandangku.

Aku terus peluk Abang Mikhail dengan erat. Tangisan yang lemah aku lepaskan sambil dalam dakapan Abang Mikhail. Tersedu-sedan aku menangis sambil memikirkan segala hal yang telah terjadi dalam beberapa hari ini. Sehingga ke sini Abang Mikhail mencari aku? Hanya kerana aku, dia sanggup datang dari jauh ke sini?

Ya, aku terharu. Sungguh terharu. Tak sangka Abang Mikhail sanggup datang mencari aku sampai ke sini.

"Abang minta maaf..." Katanya sambil mengusap lembut rambutku.

"Tak... Abang tak salah. Qis yang terlalu ikut emosi." Balasku perlahan.

"Jom kita balik..." Daguku diangkat sedikit. Abang Mikhail memandang wajahku dengan sayu. Aku dapat rasakan yang Abang Mikhail sangat sayangkan aku ketika ini.

Aku gelengkan kepala. Pelukan Abang Mikhail aku lepaskan. Air mata yang mengalir di pipi aku kesat laju. "Qis tak nak balik KL. Qis nak Mummy.."

"Tapi Mummy dah tak ada Qis... Tak ada siapa kat sini nak jaga Qis." Katanya lagi.

"Tapi Qis rindukan Mummy.. Rindu sangat Abang..." Air mata aku mula berjujuran lagi bila tersebut tentang Mummy. Mana mungkin aku akan berpatah balik selepas berjam-jam aku dah melalui perjalanan sepanjang ini, tiba-tiba nak patah balik semula? Tak mungkinlah.

"Abang tahu... Kita balik dulu ya. Kita balik bincang dulu dan bagitahu Daddy apa yang terjadi. Daddy kena tahu. Abang akan ambil tindakan segera. Abang akan pastikan Qistina selamat dan dapatkan keadilan."

Aku gelengkan kepala laju. "Tak nak, tak nak. Daddy tak akan percaya. Irshad tukan orang yang paling dia percaya." Rajukku. "Macam mana Abang tahu Qis kat sini?" Tanyaku penuh musykil.

"Adalah. Qis tak perlu tahu. Yang penting sekarang ni Qis selamat dan Abang akan pastikan Irshad dapat balasan atas apa yang dia dah buat pada Qis. Abang janji. Jangan menangis lagi..." Abang Mikhail pelukku erat. Aku dapat rasakan kasih sayangnya yang begitu mendalam mengalir ke tubuhku.

"Tinggallah sini sehari dua. Ya dan Po pelawa."

Abang Mikhail menoleh memandang empunya suara. Pelukkan kami terlerai. Aku perlahan menoleh sama. Terkebil-kebil aku melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapan pintu masuk rumah itu.

Macam mana dia..?

"Tak apalah, bro. Aku tak nak kita orang susahkan orang kat sini." Tolak Abang Mikhail lembut dengan pelawaannya itu.

Aku disebelah menunduk malu. Terfikir macam mana dia boleh berada di sini? Mesti dia dah tahu apa yang terjadi pada aku. Terkumat-kamit aku sendirian, tak tahu mahu berikan tindak balas apa dengan kehadiran dia yang tiba-tiba ada di sini. Aku malu..

"Tak ada yang susah pun. Ya dan Po yang pelawa. Lagi pun kau boleh duduk rumah aku. Tinggalkan Qis kat sini dengan Mawar." Jawabnya dengan tenang.

Aku angkat sedikit wajahku memandangnya. Aku nampak matanya sempat curi-curi memandangku sekilas sebelum pandangannya kembali ke arah Abang Mikhail.

Apa agaknya pandangan dia pada aku bila dia dah tahu kisah sebenar yang terjadi pada aku di sini semalam ya? Mesti Abang Mikhail dah beritahu padanya. Kalau tidak, mana mungkin dia boleh datang ke sini bersama Abang Mikhail secara tiba-tiba. Tapi tujuan apa dia ikut sekali?

"Duduklah di sini sehari dua lagi. Pulihkan semangat dia yang hilang tu. Banyak perkara yang aku nak tanyakan pada kau semua." Tiba-tiba Po mencelah di belakang Mark. Aku lihat Po berpakaian lusuh dan pada bahunya terdapat sehelai kain buruk yang diselimpangkan di lehernya seperti baru saja balik dari berkebun.

Abang Mikhail memandang aku mencari kata sepakat. Aku tak menjawab, hanya diam membisu. Hati aku sekarang tak tahu ke mana ingin tuju. Nak balik ke KL pun aku tak nak, nak tinggal di sini pun rasa tidak layak. Lebih pada malu rasanya. Seolah-olah aku pula yang telah membuat onar.

Atau mungkin sememangnya memang aku yang telah membuat onar?

Setitis demi setitis air mata air jatuh ke lantai. Aku palingkan wajah dan dongakkan kepalaku ke atas supaya hingus aku tak meleleh. Air mata aku kesat dengan deras, tak mahu lagi Abang Mikhail menegur.

"Baik. Kami akan tinggal di sini sehari dua lagi. Terima kasih banyak, Po pelawa kami." Jawab Abang Mikhail setuju dengan pelawaan Po.

Nasiblah Abang Mikhail tak perasan yang aku masih tak berhenti menangis.

PLAYGIRL | QistinaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon