27 | Orang Kampung

199 7 4
                                    

Kamus Siamme

Po Atuk
Ya Nenek

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Hope Elizabeth Soberano sebagai Mawar Jane
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut
Hun Haqeem sebagai Abang Ammar
Nafiz Muaz sebagai Abang Ian

•••

Aku dan Mawar melangkah keluar dari surau beramai-ramai setelah selesainya solat Isyak. Kata Mawar, surau ada menyediakan sedikit jamuan makan untuk para jemaah bersantap sebelum balik.

Orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak. Tak sabar betul aku nak merasa makanan yang surau kampung Mawar ini hidangkan nanti.

Ya pula, awal-awal lagi sudah berlalu pergi. Ya beritahu yang dia dan Po terpaksa keluar daerah malam ini juga kerana Po dipanggil untuk mengubat orang sakit. Mungkin malam ini Ya dan Po tidak balik ke rumah.

Mawar terpaksa akur. Ya sempat pesan, jangan sampai kami terserempak dengan makcik-makcik tadi. Mawar pula ada beritahu yang mulut mereka boleh tahan juga kepohnya. Sampai naik pening Mawar kalau dah terserempak dengan mereka. Tak sanggup katanya.

Aku tak tahu dan tak dapat bayangkan seperti tahap apa mulut makcik-makcik itu yang Mawar maksudkan. Tapi bunyinya seperti Mawar tak sanggup dan tak mahu sesekali berhadapan dengan mereka. Mawar beritahu, biasanya Ya yang akan menjadi penyelamat Mawar bila terpaksa berhadapan dengan mereka. Tapi malam ini, Ya tiada. Jadi, terpaksalah kami berdua menghadap orang-orang kampung sendiri tanpa ditemani oleh Ya.

Kaki yang melangkah perlahan tadi tiba-tiba saja menjadi laju bila teringat semula tentang makanan. Hal makcik-makcik tadi kami lupakan seketika memberi ruang untuk kami berfikir tentang perut yang sedang berbunyi-bunyi merdu bak lagu berirama. Aku lihat Mawar juga rasa bersemangat dan mahu cepat-cepat keluar dari ruang solat itu mencari sesuatu untuk dimakan. Nampaknya, dapatlah juga perut aku yang berkeroncong dari Maghrib tadi ini diisi sekejap saja lagi.

Betullah orang kata, perempuan dan makanan ini berpisah tiada. Semangat tu memang akan jadi lain macam bila menyebut tentang makanan. Hahaha!

Baru saja kaki kami menapak selangkah dua di pintu utama surau, makcik-makcik tadi terus memanggil-manggil menyuruh Mawar datang kepada mereka.

"Aduh! Makcik-makcik Bawang dah panggillah pula." Tiba-tiba Mawar menoleh kepalanya ke belakang dan menepuk dahi.

Mawar memandang aku dan berikan pandangan terpaksanya. Aku hanya mampu membalas pandangan Mawar dengan segaris senyuman hambar. Nampaknya perkara yang Mawar tak mahu terjadi, bakal terjadi.

"Macam mana ni, Mawar?" Aku menyentuh bahu Mawar dengan rasa penuh kasihan padanya.

"Mawar, sinilah!" Panggil salah seorang makcik di situ.

"Ergh, aduh... Malasnya... Adalah tu dia orang nak bercerita. Ni yang buat Mawar malas ni. Dahlah lapar pula ni..." Kata Mawar padaku. "Jom, Akak. Terpaksalah kita pergi kat dia orang sekejap. Entah apalah yang Mak Som tu nak cakapkan. Kalau tak datang, nanti ingat kita kurang ajar pula."

Aku yang tak faham dengan situasi ketika itu hanya mampu terdiam saja. Kasihan Mawar. Apalah agaknya yang mereka mahukan daripada dia. Mawar nampak betul-betul terpaksa.

Dengan lemah, Mawar mengatur langkahnya ke arah mereka dan aku juga turut mengikutnya dari belakang tanpa banyak tanya.

"Ya, Mak Som... Mak Som ni nak ajak gosiplah ni." Seloroh Mawar tak dibuat-dibuat. Mawar mengecilkan mata sambil tersengih nakal pada makcik yang dipanggilnya sebagai Mak Som itu.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now