9 | Black Demon

5.5K 61 1
                                    

Kamus Siamme

Khun khu Rachini khong phom Awak adalah permaisuri saya

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma

•••

Setelah kejadian Qashah dan Irshad bergaduh tempoh hari, aku tak nampak lagi kelibat Irshad di kolej. Hampir seminggu dia menghilangkan diri. Mungkin teruk agaknya dia dibelasah Qashah. Yalah, nak dibandingkan badan dia dengan Qashah, badan Qashah memang lebih besar berbanding Irshad. Lagi pula, aku nampak Qashah hanya terluka di bibirnya saja. Langsung tiada tanda-tanda kecederaan yang lain. Aku agak yang Irshad kena lebih teruk berbanding Qashah.

Bila ditanya apa yang terjadi, Qashah langsung mengubah topik. Dia kata tak perlu lagi bincangkan soal Irshad. Irshad tak akan macam-macam lagi dengan aku selepas ini. Aku tak tahu kenapa aku mesti rasa macam ni. Rasa bersalah, mungkin?

Tapi, dia cuba rogol kau Qistina. Aku mengeluh berat. Aku tahu, aku sendiri yang beri dia peluang percuma untuk melakukan hal kotor itu, tapi dia tak sepatutnya ada niat untuk buat aku macam tu.

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Konsentrasi aku terganggu kerana kejadian hari itu. Aku tak dapat tumpukan perhatian di kelas Puan Sarah hari ini. Dengan Irshad tak muncul-muncul buatkan aku tertanya-tanya, mana dia menghilang?

Aku menongkat dagu sambil pen yang ada di tangan aku ketuk-ketuk atas buku beberapa kali, masih mengelamun tentang Irshad.

"Okay, class. We dismiss our class until here. If anything you don't understand, you may come to my office or whatsapp me in personal. All right?" Puan Sarah kemudian segera keluar dari kelas selepas waktu mensyarahnya tamat.

"Woi!"

Aku mengurut dada bila seseorang datang menyergah aku secara tiba-tiba.

"You kenapa ni termenung je? I perhati je you dari tadi." Jeffry tersengih bila melihat aku terkejut disergah begitu.

"Such stalker." Kataku sambil aku jeling tajam padanya. Nasib baik aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, dah mati terkejut agaknya aku kat sini.

"I kan memang stalker you. Jomlah." Ajaknya.

"Where?" Soalku pelik. Tiba-tiba je kata jom. Nak ke mana pula dia ni.

"Rumah I." Katanya nakal.

"Buat apa?" Tanyaku lurus. Saja aku tanya, padahal dah tahu apa yang Jeffry inginkan daripada aku. Tapi maaf aku katakan, aku tak berminat sama sekali untuk disentuh oleh lelaki yang bernama Jeffry ini. Not my taste.

"Alah... I geram tahu tengok paha you yang gebu tu." Katanya sambil dijeling paha aku yang terdedah.

Aku menunduk ke bawah, memandang pada skirt aku yang sedikit terangkat. Baru aku faham kenapa Jeffry tayang muka gatalnya begitu dan aku cepat-cepat turunkannya semula. Gatal. Aku jelingnya dan segera berkemas barang, kemudian aku bangun untuk beredar. Malas aku nak layan orang macam ni.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now