Love 2-Valentine's Day

1.3K 110 17
                                    

Alina mengelap peluhnya.Dia berada dalam bilik gim seorang diri.Matanya memandang ke sebungkus plastik yang berisi sesuatu berwarna coklat yang berada atas bangku.

".......",Alina menggeleng laju kepalanya.Dia memasukkan plastik tersebut ke poketnya dan berjalan keluar dari gim.

Apabila dia melangkah keluar,Alina terkejut kerana nampak Solar yang sedang berjalan dengan tangannya memegang sesuatu.

"Huh?Alina?Kau berlatih ke?",soal Solar perasan akan kehadiran Alina.Alina terkaku dan dia memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Ya lah,sebab nanti boleh lah aku belasah kau cukup-cukup",kata Alina.Matanya memandang ke arah coklat berbentuk ♡ yang dibungkus cantik di tangan Solar.

"...coklat tu..",kata Alina perlahan.

"Oh?Yuuki yang bagi.Dia bagi coklat ni sebagai tanda terima kasih kerana berkawan dengan dia",kata Solar tersenyum.

"...betul ke coklat tu hanya coklat persahabatan?",soal Alina menggengam penumbuknya.

"Betul",jawab Solar.

"Memang betul ke?Sebab tak mungkin seorang kawan,akan berikan coklat berbentuk hati pada kawan dia yang berlainan jantina....",kata Alina menunduk kepalanya.Dia kemudiannya berlari dengan laju.

Solar rasa pelik dengan tindakan Alina.

"Kenapa dengan dia tu?",kata Solar.

"Cemburu",kata seseorang melangkah keluar.Orang itu telah menyaksikan apa yang berlaku tadi.

"Eh?Kenapa dia nak cemburu pula?",soal Solar pada orang tersebut.

"Perempuan adalah bunga,manakala lelaki adalah lebah.Bunga yang sangat menyukai seekor lebah,dengan harapan yang lebah tersebut akan mengambil madunya,tetapi sayang,lebah itu mengambil madu di bunga yang lain",kata orang tersebut mengikat rambutnya yang dilepaskan.

"Rasanya kau faham kan?",kata orang tersebut.Solar memegang dagunya,cuba memahami apa yang orang itu katakan.

"Nanti,tak mungkin kau maksudkan yang Alina...",Solar menghentikan percakapannya.Orang itu hanya mengangguk.

"Baik,terima kasih sebab beritahu aku,Mimi!",kata Solar berlari ke arah yang sama dengan laluan Alina.

"Sama-sama",kata Mimi.

--------------------
Di bilik latihan memedang

"Hak!",Alina menghayun pedang kayu yang dipegangnya ke depan.Air peluh keluar dari kulitnya.

Dia berhenti seketika.Nafasnya tercunggap-cunggap kerana kepenatan.Matanya memandang sekeliling.

"Apalah.Hanya kerana hari ni Valentine's Day,tak ada siapa pun nak berlatih",kata Alina.

"Memanglah,sebab hari Valentine's Day juga adalah hari untuk kami berehat",kata seorang lelaki mengunyah coklat.

Alina terkejut dan memandang ke arah remaja tersebut.

"S-Solar?Apa yang kau buat kat sini?",soal Alina.

"Tengok kau berlatih sambil makan biskut coklat yang kau buat ni",kata Solar selamba.

Alina terkejut.Solar memang sedang makan biskut coklat buatannya yang dia buat semalam!

"Woah!!!Bagi balik coklat tu!",kata Alina cuba merampas bungkusan biskut itu dari tangan Solar,tapi Solar cepat mengelak.

"Kenapa pula?Lagipun kau buat untuk aku,kan?",tanya Solar.Alina tak menjawab.

"M...memang pun.....aku buat untuk kau...",jawab Alina perlahan.Solar mengunyah biskut yang terakhir.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now