Spirit 102-Desire

604 53 30
                                    

KTING!!

KRAK!!

Permukaan tanah merekah dengan kuat.Mata Astral membulat,melihat orang yang menahan serangannya.

"Masih terburu-buru macam biasa,Astral",kata orang tersebut dengan senyuman sinis.

Astral menarik senjatanya kembali dan melompat ke belakang.

"Akhirnya....kau muncul,ELRION RAVELLA!!",kata Astral.

Melalui nada suaranya,jelas yang Astral marah.

"Haish...kau masih panggil aku dengan nama sebenar....kenapa tak panggil Elliot sahaja?"

Elrion Ravella,atau Elliot,masih tersenyum.

"Kau kenal dia,Elliot?",soal Akemi.

Elliot mengangguk.

"Kenapa kau masuk campur dalam pertarungan kami?!",soal Mizuki yang bengang kerana Elliot menahan serangan Astral.

Kalau Elliot tak muncul,Mizuki akan serang Astral.

"Haha...sebab kau bukan tandingan dia,begitu juga dengan Akemi",kata Elliot dengan selamba.

Ianya menaikkan kemarahan Mizuki dan Akemi.Mereka berdua merasakan Elliot sangat pandang rendah mereka berdua.

"Ah,aku bukan pandang rendah kamu berdua.Tetapi memang betul kamu berdua takkan dapat tandingi Astral.

Ianya kerana dia adalah Demigod",kata Elliot.

"Huh?!"

Mizuki dan Akemi terkejut mendengar apa Elliot katakan.

Demigod adalah manusia yang diangkat menjadi God,tetapi hanya separuh.Mereka mempunyai kekuatan God,namun bukan keseluruhan.

Walau macam mana pun,mereka tetap lebih kuat daripada manusia.

Ada banyak sebab kenapa mereka diangkat menjadi Demigod.Bilangan Demigod sangat sedikit.

"P....patutlah dia berjaya pecahkan pelindung halimunan aku...",kata Akemi.

"Tapi...walaupun Demigod sangat kuat,mereka tetap takkan dapat lawan dengan divine being,such as Angels",kata Elliot.

Astral mengetap gigi.

"Enough talking!Aku akan bunuh kau,untuk balas dendam atas apa yang kau dah lakukan pada kampung aku!",kata Astral.

"Oh?Kampung kau yang aku hancurkan beratus tahun yang lalu?Hm...salah ke aku hancurkan kampung tu dan bunuh semua orang di situ?",soal Elliot dengan muka tidak bersalah.

Astral terus meluru laju ke arah Elliot.

"Lagipun,mereka hanya terima balasan,atas apa yang mereka lakukan pada aku dan...."

Imej seorang gadis yang tersenyum ceria muncul dalam minda Elliot.

"Dia.."

Jarak Astral semakin dekat dengan Elliot.Kapaknya dihayunkan.

"Tsk!Memandangkan kau sangat menyusahkan....!"

Akemi memetik jarinya dan muncul satu portal hitam di antara Astral dan Elliot.

"Apa...?",Astral terkejut.

Tubuhnya masuk ke dalam portal tersebut.

----------------------------

BOK

"Argh!!"

Astral merintih kesakitan apabila dia jatuh dari tinggi.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now