Spirit 118-A Girl's Wish

631 50 21
                                    

FWISH...

Tubuh Mimi yang diambil alih Kuro Mimi berasap,lalu tumbang.

Arago terus berubah kepada bentuk manusia.Dia menyambut tubuh Mimi.

Seven Princesses,Ivy,Luxalia,Hana dan Arie terus meluru ke arah Mimi.Sara pula masih kekal di tempatnya,kerana dia tak dapat bergerak.

Arago meletakkan kepala Mimi atas pahanya.Badan Mimi kembali kepada saiz asal.

Mata gadis itu tertutup.

"Mimi!Mimi!",panggil Asyi,mengoncang perlahan badan Mimi.

"Dia tak apa-apa....dia hanya tidur sahaja..."

Kuro Mimi muncul di hadapan mereka semua.Rambut putihnya itu berterbangan walaupun tiada angin.

Seluruh dirinya bercahaya.Tetapi cahaya itu tidak menyilaukan.

Arago mengetap gigi apabila melihat Kuro Mimi.

"Whosp!Bawa bertenang!Aku dah tolong korang hapuskan Otto,jadi sebagai balasan,jangan apa-apakan aku"

Kata Kuro Mimi apabila dia dapat rasakan Arago mahu menyerangnya.

"Apa yang kau buat kat sini?Apa kau dah lakukan kepada Lady Mimi?!",soal Hana.

Kuro Mimi mengeluh.

"Aku hanya bebaskan kuasa penuh dia,dan ambil alih badan dia untuk bunuh Otto si sotong tu,itu sahaja.

Berhenti fikir yang bukan-bukan,boleh tak?!"

Kuro Mimi bengang.Bukan nak berterima kasih kepada dia sebab kalahkan Otto,sebaliknya dia kena marah pula!

Hana menunduk kepalanya.Kuro Mimi bercekak pinggang.

Matanya teralih kepada Crystal yang merenungnya lama.

".....kau Dark Side Mimi,kan...?Tetapi...wajah kau..."

Kuro Mimi tersenyum.Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirnya.

"Shh...jangan sebutnya.Tetapi,memori kau memang kuat.Aku akan beritahu perkara sebenar.

Sebelum tu,tolong hubungi Einhart.Dia kena dengar perkara ni"

Kata Kuro Mimi.

Walaupun rasa pelik,tetapi Ivy tetap menghubungi Einhart.

'Kenapa ni?'

Soal Einhart melalui alat perhubungan.

"Tak ada apa-apa....aku hanya nak kau dengar apa yang aku nak cakapkan.Ianya penting"

Einhart yang berada di istana,terkejut mendengar suara Kuro Mimi.

'Nanti...!Itu Kuro Mimi ke?!'

"Yes....Dan aku tak nak bertengkar dengan kau!Aku tak ada masa yang lama ni!"

Bahagian kaki Kuro Mimi semakin menghilang.

Semua yang ada di situ,kecuali Mimi yang sedang diulit mimpi,terkejut.

'Hmph,fine.Teruskan'

Kuro Mimi menghela nafas.

"Aku mungkin ada rupa yang sama dengan gadis lembap ni,tetapi aku bukan Dark Side dia"

"HUH?!"

Terkejut mereka semua,termasuk Einhart dan Sara.

"Sebenarnya,aku tak pernah kata aku Dark Side dia.Korang yang memandai-mandai panggil aku Dark Side dia"

'Nanti...!Kalau macam tu,kenapa kau ada wajah yang sama dengan Mimi?!'

"Nampaknya,hanya Crystal sahaja yang dapat bezakan wajah saya dengan gadis lembap ni..."

Makin terkejut mereka semua.

'A....apa maksud kau?!'

Separuh badan Kuro Mimi telah hilang.Dia memandang ke arah Arago.

"Arago,kau ingat apa yang aku hajat pada kau,iaitu 'bahagiakan Mimi'?"

"Ya...."

"Maaf,tapi tolong lupakan tentang hajat itu.Aku tak nak kau bahagiakan Mimi"

Arago terkejut.

"Apa yang ka...!"

"Aku nak kau bahagiakan gadis ini....."

Tangan Kuro Mimi menyentuh lembut pipi Mimi yang masih tidak sedarkan diri.

Einhart yang berada di istana,membulat matanya mendengar apa Kuro Mimi katakan.

'Nanti....!Siapa kau,sebenarnya?!'

Soal Einhart.

Kuro Mimi mengukir senyuman.Ketika itu,Mimi membuka matanya.

Dia dalam keadaan mamai.Makin melebar senyuman Kuro Mimi apabila Mimi sedar.

"Saya...adalah entiti yang lahir dari hajat.Hajat seorang gadis,yang memiliki wajah dan nama yang sama,seperti kamu,Mimi...."

Setelah mengungkapkan kata-kata tersebut,Kuro Mimi menutup matanya.Badannya bercahaya terang.

"Nanti....!Apa yang kau maksudkan dengan...!"

Crystal cuba menyentuh Kuro Mimi,tetapi malang apabila gadis itu telah lenyap sepenuhnya.

Mimi,yang masih mamai,menutup matanya semula,sambung tidur.Tanpa sesiapa sedar,ada cahaya yang kecil pada dada Mimi.

Seven Princesses,Ivy,Sara,Hana dan Einhart terpingan-pingan.

Fikiran mereka penuh dengan persoalan dengan apa yang Kuro Mimi katakan sebelum dia menghilang.

'Apa maknanya?!'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahahahahahahahahahhahaha~!!!Mengarut tak?😂😂Mengarut tak?!Mengarut tak?!!!!

KBOK!

My friend:Kau ni,bawa bertenanglah!

Me:Hahaha...yelah....*pegang kepala yang kena ketuk dengan buku Matematik*

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now