Spirit 113-Finally Together

573 47 22
                                    

Elliot's POV

Aku dah bunuh semua penduduk kampung.Tetapi,pasti ada yang berjaya selamatkan diri ketika kebakaran.

Mungkin ahli sihir yang potong sayap Angel aku.

Hmph.Kawan aku,Astral sudah pasti benci pada aku kerana hancurkan kampung dia.Tentu dia akan cari,dan hapuskan aku.

Jika ahli sihir itu selamat,keluarganya pasti akan buru aku.Aku ada dua musuh sekarang.

Hanya ada dua musuh,itu yang aku fikirkan.Tapi sangkaan aku meleset.

God telah mencipta Angel of Cure yang baru untuk gantikan aku.Sudah tentulah Angel of Cure tu ditakdirkan untuk menjadi musuh aku.

Tetapi...hati aku betul-betul sakit,apabila Angel of Cure yang baru,dicipta dari roh manusia perempuan.

Roh perempuan yang aku cinta.

Dia tak ingat aku.Kerana semua memorinya sebagai manusia telah dihapuskan,begitu juga emosinya.

Pandangan matanya yang penuh dengan kasih sayang,menjadi dingin selepas menjadi Angel of Cure.

Dia musuh aku.Aku mampu bunuhnya dengan mudah,tetapi aku tak sanggup,kerana aku tetap cintakannya.

Dia adalah manusia yang pertama aku berkawan,meluangkan masa bersama.

Dan perempuan pertama aku jatuh cinta.

Namanya,adalah Faith.

Seperti namanya,aku percaya...yang dirinya sebagai manusia,masih wujud walaupun menjadi Angel of Cure,musuhku.

Elliot's POV end.

--------------------------

Flashback

(Ini flashback Spirit 67-Mystery)

"Tak ada apa....cuma aku teringat satu cerita sahaja.Cerita yang bonda selalu ceritakan kepada aku",kata Lala.

"Cerita tentang apa?",soal Dini.

"Ianya mengenai dua Angel.Satu Angel putih,satu lagi Angel hitam.

Angel putih adalah perempuan,Angel hitam pula lelaki.Dua Angel tersebut ditakdirkan untuk bermusuhan.

Angel hitam membawa kemusnahan kepada manusia,Angel putih pula melindungi manusia.

Tetapi,Angel putih itu sebenarnya manusia"

"Huh?Manusia?",kata Danial.

Lala mengangguk.

"Angel hitam tu juga sebenarnya Angel yang melindungi dan membawa kemusnahan kepada manusia.

Sesuatu telah terjadi kepadanya,membuatkan dia menjadi Angel hitam,pembawa kemusnahan",kata Lala bersama senyuman.

"Wah~!Cerita tu sangat menarik!Nanti ceritakan secara keseluruhan,boleh?",soal Dini dengan mata bersinar.

Lala mengangguk.

"Sudah tentulah boleh.Oh,dan satu lagi.Angel putih dan Angel hitam mungkin bermusuhan,tetapi sebelum Angel hitam kehilangan kebolehannya untuk melindungi manusia,dia sebenarnya bercinta dengan seorang manusia.

Dan manusia itu adalah Angel putih,sebelum perempuan yang dicintainya menjadi Angel putih",kata Lala.

"Wah....kisah cinta yang menyedihkan...Angel putih itu tak ada memori tentang Angel hitam,ke?"

Lala menggeleng.

"Tiada.Memori serta emosinya sewaktu manusia telah dihapuskan.

Tapi,yang paling menyedihkan ialah...cerita ini sebenarnya diambil dari kisah sebenar"

Terkejut Dini dan Danial.

"Kisah sebenar?Biar betul?",kata Danial.

"Ya.Dan nama Angel putih,ialah Faith.Angel hitam pula ialah Elrion Ravella"

End Of Flashback

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kembali kepada masa kini

Sebahagian tubuh Elliot dan Faith menjadi cahaya yang kecil,dan menghilang di langit.

Bukan badan mereka sahaja yang bercahaya,tetapi Kayden,Neera,Adrian,Coven,Lancelot,Asthon,Siegfield dan Eric yang melayang entah sampai mana juga bercahaya.

'Ah....nampaknya,inilah penamat kehidupan aku...agaknya,apa yang aku berlaku pada aku...?'

Fikir Elliot.

Pipi kiri Elliot,disentuh lembut oleh Faith.Terkejut sedikit Elliot dengan tindakan Faith.

Tetapi,dia lebih bertambah terkejut apabila gadis itu mengukir senyuman.

"Akhirnya...setelah beratus-ratus tahun...kita berdua,akan bersama...",kata Faith.

Air mata gadis itu mengalir.

Elliot mengukir senyuman juga.Air matanya juga mengalir.

Dia pasti,gadis yang berdiri di hadapannya adalah gadis yang dia jatuh cinta 500 tahun lebih yang lalu.

"Faith....i love you...."

Elliot juga memegang pipi Faith.

Seraya dengan itu,badan mereka berdua lenyap sepenuhnya,begitu juga lapan pengikut Elliot.

Elliot dan Faith,dua kehidupan yang berbeza,berjumpa lebih 500 tahun yang lalu,jatuh cinta antara satu sama lain.

Akhirnya mereka berdua dapat bersama,selama-lamanya.

Itulah pengakhiran kepada cerita mereka berdua.

Bukannya cerita mengenai Angel dan manusia perempuan bercinta.Tetapi kisah cinta antara Elliot dan Faith.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Me:Yeah~tamatlah sudah kisah Elliot dan Faith~Tapi cerita ni belum tamat,ya!😅

My friend:Betul tu.Baik kau sambung tulis tentang perlawanan Tenshi dan Akemi.Readers pasti tertanya-tanya kenapa Tenshi nafikan Akemi adalah anaknya.

Me:Ya,ya....

My friend:Apa undian untuk chapter kali ini?

Me:Hehe!Undian chapter kali ini adalah,lima babak yang bagi kesan mendalam kepada readers!

My friend:Babak yang bagi kesan mendalam?

Me:Yup!Contohnya,babak kematian Mia!Itu pasti bagi kesan yang mendalam pada readers.*berbisik*Akak Crystal meroyan kot baca chapter tu

Crystal:Hey!

My friend:Tapi macam mana kalau ada readers yang tak ingat?

Me:Pergi baca baliklah😂

CONTOH:
1.Kematian Mia
2.Crystal diculik
3.Mimi ditikam Arago
4.Kematian Faith(manusia)
5.Crystal didukung oleh Halilintar!

Me & My friend:Silalah mengundi!

⚡Lima babak yang memberi kesan mendalam kepada readers⚡
1.
2.
3.
4.
5.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Crystal:Kenapa ada 'Crystal didukung oleh Halilintar' dalam CONTOH,HAH?!*kejar author*

Me:Alah~apa salahnya?Lagipun,akak Crystal ada tanya saya,kan?Sama ada saya akan buat chapter khas mengenai Crystal x Halilintar?

Crystal:UWAH!!!Janganlah beritahu!!!

Me:Hahahahahaha~!!!

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now