Spirit 85-Are You Kidding Me?!

766 60 140
                                    

Hari ketiga peperangan akan bermula.Langit pada hari ini gelap,seperti sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Betul ke kita tak perlu bergerak ke Kingdom seterusnya,Sara?",soal Mia.

Sara ketika itu sedang mengikat rambut birunya yang panjang.

"Ya.Saya tahu memang itu tugas kumpulan kamu,tetapi lebih baik kita jangan bergerak ke Kingdom seterusnya",balas Sara lalu mengetatkan ikatan rambutnya.

"Kenapa?",soal Mia.

"......sesuatu yang tidak kita dapat jangkakan akan terjadi.Itulah apa yang saya diberitahu...",Sara memperlahankan suaranya di pengakhiran.

Mia tak dapat mendengar apa Sara katakan selepas 'akan terjadi'.

"Sesuatu yang tidak dijangkakan?",soal Mia.

Mendengar apa Sara katakan itu,hatinya rasa tidak tenang.

"Apa pun,kamu dah ambil batu permata ke?Kamu kan gunakannya untuk menyerang",kata Sara menukar topik.

"Ah!Baru saya teringat!",Mia terus berlari ke markas semula.

Sara hanya memerhati gadis muda itu berlari mendapatkan batu permatanya di markas.

Hihi...

Suara gelak ketawa seorang gadis dapat didengari oleh Sara.

Di belakang Sara,ada seorang gadis terapung melebihi bahu Sara.Wajah gadis itu tak dapat dilihat kerana rambut putih bahagian depannya menutupi matanya.

Badan gadis itu bercahaya,tetapi tidak seterang mana.

"Apa yang kau nak?",soal Sara.

Gadis berambut putih itu tersenyum sinis mendengar soalan Sara.Dia turun ke bawah secara perlahan-lahan.

Bahu kiri Sara disentuhnya dengan tangan kanannya dari belakang.

Untuk apa kau ingatkan gadis itu untuk ambil batu permatanya?Adakah kerana kau cuba untuk ubah apa yang kau lihat semalam?Kau harus sedar....yang kau takkan dapat ubahnya,tak kira apa

Sara mengigit bawah bibirnya mendengar apa gadis itu katakan.

Haha...aku akan tengok,macam mana kau nak ubahnya

Gadis itu memeluk leher Sara.Senyuman sinisnya masih ada.

"Sara?Kenapa dengan kau?"

Sara tersedar selepas mendengar dirinya disoal oleh seseorang.Dia memandang ke arah orang tersebut.

"Oh,Crystal...tak ada apa-apa pun",Sara berkata dengan senyuman manis.

Gadis itu kemudian perasaan Halilintar berada di sebelah Crystal.

"Oh?Jadi kamu berdua dah couple lah?"

Wajah Halilintar dan Crystal terus merah padam mendengar apa Sara katakan.

"MANA ADA!",marah Crystal.

Halilintar pula menutup mukanya yang merah dengan sebelah tangan.

Sara ketawa riang.

Kaizo yang berada berdekatan,hanya mengeluh melihat perkara tersebut.

'Aku nak kahwin juga...'

Fikir Kaizo.

Asteon Kingdom,pangkalan organisasi

"Ada kesan apa-apa?",soal Misa.

"Tiada",kata semua operator yang berada dalam bilik tersebut.

Misa mengeluh.

'Dah 30 minit berlalu dari masa musuh selalu mula menyerang....Apa agaknya mereka rancangkan?'

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now