Bonus 3 Part 2

670 47 21
                                    

"Abang....Mel,Asya dan Asyi beritahu saya,yang mereka mengandung...",kata Zara kepada Ice yang baring atas katil.

Sekarang waktu malam.

"Oh,baguslah.Tapi,kenapa sayang nampak tak happy ?",soal Ice,memandang Zara yang berbaring di sebelahnya.

"Sebab....mereka 4 tahun lebih muda dari saya dan dah mengandung.Alina yang setahun muda dari saya pun dah mengandung...

Tapi,saya masih belum....mengandung",kata Zara.

Ice mengeluh.Dia menarik tubuh Zara ke dalam dakapannya.

"Janganlah sedih...sayang akan mengandung juga nanti.Setiap orang berbeza.Tak semestinya selepas beberapa bulan berkahwin,akan terus dapat anak.

Ada juga yang ambil masa bertahun-tahun untuk dapat anak,kan?",kata Ice.

Zara tersenyum.Dia memeluk suaminya.

"Ya...terima kasih abang,sebab selalu tenangkan saya",kata Zara.

"Mestilah,abang kan ice?",kata Ice,bersama sengihan.

Zara tergelak kecil.Kemudian,mereka berdua tidur,dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain.

-----------------------------

Keesokannya

Risa dan Thorn kini ada di taman bunga.Hampir kesemua bunga dalam taman tersebut ditanam oleh Thorn.

"Abang....",Risa memanggil Thorn yang sedang menanam benih bunga.

"Ya,sayang?",soal Thorn.Mukanya comot dengan tanah.

Risa tergelak kecil melihat wajah Thorn.Dah berusia 24 tahun,tapi wajah still  comel dan innocent.

"Abang...saya ada sesuatu nak beritahu...",kata Risa.

"Hm?Apa dia?Beritahulah.Mesti ia perkara yang penting,kan?",kata Thorn,melemparkan senyuman kepada Risa.

"Ya.Ianya penting.Sebab perkara itu akan ubah hidup kita",kata Risa.

Thorn setia memandang ke arah Risa,menunggu isteri kesayangnya membuka mulut.

"Tiga hari yang lepas...saya pergi ke hospital buat pemeriksaan sebab sejak kebelakangan ni saya asyik rasa loya.

Dan,doktor beritahu saya mengandung.Kandungan saya berusia 3 minggu",beritahu Risa,sambil memegang perutnya.

Membulat mata Thorn mendengarnya.

"Abang akan jadi ayah tak lama lagi",kata Risa,bersama senyuman manis,yang khas hanya untuk suaminya.

Thorn memeluk terus Risa.

"Sayang...terima kasih.Ianya memang ubah hidup kita",kata Thorn.

Risa membalas pelukan Thorn.

"Kan?Abang akan jadi seorang ayah,dan saya akan jadi seorang ibu",kata Risa.

Mereka berdua tersenyum gembira.

----------------------------

Crystal setia memandang ke arah Halilintar yang sedang menulis laporan.Mereka ada di dalam bilik.

Tangan gadis itu menyentuh perutnya.

'Hrm...patut ke saya beritahu dia sekarang...?'

Fikir Crystal.

"Ada apa-apa nak beritahu abang ke?",soal Halilintar selepas selesai menulis laporan.

Terhinjut bahu Crystal.

"Eh?"

"Sayang nampak macam ada sesuatu nak beritahu abang jer.Cakaplah",kata Halilintar.

Crystal menunduk sedikit.

"Abang pasti nak saya beritahu?Saya takut ia akan ganggu abang...",kata Crystal dengan nada risau.

"Beritahulah.Abang takkan marah,kecuali ada lelaki lain sentuh sayang",kata Halilintar bersama senyuman manis.

Selepas mereka berkahwin,Halilintar terus berubah.Dia layan Crystal dengan baik sekali.

Crystal melepaskan keluhan.

"Baiklah,saya akan beritahu",kata Crystal.

Pergelangan tangan kiri Halilintar dipegang lembut olehnya.Tapak tangan lelaki tersebut diletakkan atas perutnya.

Mata Halilintar membulat,apabila dia dapat rasakan denyutan jantung pada perut Crystal.

"You will be father soon ",bisik Crystal bersama senyuman.

Halilintar juga tersenyum.Tangan kirinya naik ke pipi Crystal.

"Bila sayang buat pemeriksaan?Kenapa tak bawa abang sekali?",soal Halilintar.

Crystal ketawa kecil.

"Sebab...abang nampak sibuk.Itu yang saya tak ajak abang ikut saya ke hospital",kata Crystal.

"Usia kandungan ni berapa?",soal Halilintar.

"Baru 2 minggu,sama dengan Risa",balas Crystal.

Terus bibir Crystal dicium oleh Halilintar.

"Ianya memang ganggu fikiran abang...Abang rasa tak nak tinggalkan kamu langsung walaupun sesaat selelas tahu kamu mengandung",kata Halilintar selepas lepaskan kucupan.

"Eish!Takkanlah sampai macam tu sekali!Abang nak mandi sekali dengan saya ke ?",kata Crystal,memukul perlahan bahu Halilintar.

Jejaka itu ketawa.

"Yelah,yelah...tapi kalau abang memang nak mandi dengan sayang,macam mana?",soal Halilintar dengan senyuman menggoda.

Sesiapa yang lihat,pasti akan 'cair'.

Memerah habis wajah Crystal.

"Eh?"

Halilintar masih dengan senyuman menggoda.

Kalau Sara dan Sha nampak ni,pasti Sha akan tangkap gambar atau video,kemudian tunjuk pada orang lain.

Sara pula mesti akan kata,'mandilah jerlah sama-sama~buat apa nak malu kalau dah-'

Argh!!!Bayangan pun dah cukup menakutkan!Inikan lagi realiti,pasti lebih dahsyat!

Fikir Crystal.

"Jangan nak menggatallah!",kata Crystal dengan wajah yang masih merah.

"Kalau dengan sayang,memang kenalah~",kata Halilintar.

Memerah lagi wajah Crystal.

Pada masa yang sama,Sha yang sedang berlatih menembak,dan Sara yang sedang main dengan kanak-kanak di rumah anak yatim yang berada dalam istana mendongak kepala mereka.

"Hmph.....rasanya aku terlepas sesuatu yang menarik",kata mereka berdua serentak.




Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now