Spirit 54-2 Days More!

830 73 29
                                    

BOSH!BOSH!

Api biru yang melingkari Zara terpadam.Nuriah yang terapung di atas,terkejut.

"Huh?Kau berjaya padamkannya?",soal Nuriah lalu melompat ke bawah.

Gadis kecil itu mendarat dengan selamat.

"Hah...hah...ya...",kata Zara.Gadis itu mengelap peluh di mukanya dengan belakang tapak tangan kanannya.

Dia berpeluh satu badan.Nanti..?Itu bukan peluh,tapi air!

"Sekejap....!Kau berpeluh ke badan kau basah?",soal Nuriah

"Urm....dua-dua...?",kata Zara.

"Argh..biarlah....pergi keringkan badan kau tu cepat.Kau boleh berehat atau buat apa kau nak",kata Nuriah lalu menghulurkan kad kuasa Zara yang berada di simpannya sepanjang Zara menjalankan latihan.

Zara mengangguk lalu turun dari gelanggang.Nuriah memegang dagunya.

"Hm...macam mana dia boleh padamkan api biru aku...?Urgh...kenapalah aku boleh terlelap waktu tu!",kata Nuriah.

SKRETH!!!!!!

Nafas Asya termegah-megah.Debu-debu yang terhasil mula menghilang.

Nuraiza,dengan kedua tangannya melindung mukanya,diturunkan.Wajah gadis kecil itu kelihatan terperanjat.

Nuraiza berdiri di hujung gelanggang.Pada awal latihan,dia berada di tengah gelanggang,tetapi kini dia berada di hujung gelanggang selepas Asya menyerangnya tanpa berhenti dan pantas.

"Yeay!!!Aku berjaya buat kau bergerak dari kedudukan kau!Yeay!!!",Asya bersorak gembira.

Sepanjang dia berlatih dengan Nuraiza,dia langsung tak berjaya buat Nuraiza bergerak dari kedudukannya.

"Ya,bagus.Tapi kau tetap tak berjaya buat aku jatuh",kata Nuraiza.

Asya menjadi murung apabila mendengar apa Nuraiza katakan.

"Ya ke..nampaknya saya masih jauh lagi...",kata Asya.

"Dah,dah.Latihan hari ni dah tamat.Kau bebas nak buat apa kau nak",kata Nuraiza.

"Okey~"

Asya membatalkan kad kuasanya.Kad kuasanya berada di tapak tangannya lalu dimasukkan ke dalam poket.

Gadis itu turun dari gelanggang dengan riang.

Apabila Asya berada jauh darinya,Nuraiza menyelak kedua belah lengan bajunya.Kedua belah tangannya mengeletar dengan ada luka kecil di lengannya.

"Nampaknya,serangan dia dah bertambah kuat.....aku dapat rasa sakit",kata Nuraiza.

BOOM!

Semua peluru yang ditembak oleh Sha mengenai semua pisau kecil yang dicipta lalu dibaling oleh Risa.

"Hm...bagus",kata Sha yang menembak dari atas.Dia melepaskan lagi beberapa das tembakan ke arah Risa.

Apabila peluru Sha semakin mendekati Risa,gadis itu melompat ke atas.Semua peluru Sha tidak mengenainya.

"Kepantasan pun dah bertambah",kata Sha.Dia menembak beberapa peluru lagi ke arah Risa yang masih berada di atas.

Setiap celah jari kedua tangan Risa muncul cahaya.Cahaya itu bertukar menjadi pisau.

Kesemua pisau tersebut dibaling ke arah peluru Sha lalu mencipta pisau yang baru.

Perbuatannya diulangi sehingga semua pisaunya mengenai peluru Sha.

CHINK

Salah satu pisau Risa tercucuk ke dalam dinding tempat Sha berada.Risa mendarat dengan selamat atas lantai.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now