Spirit 41-Attacks on Night

915 74 19
                                    

Asyi memandang ke arah dua cincin yang berada di depan suatu kedai.

Dua cincin yang ada berlian kecil berbentuk hati seperti melambangkan cinta dua insan yang saling mencintai antara satu sama lain.

"Tengah tengok apa tu?",soal Taufan berdiri di sebelah Asyi membuatkan lamunan gadis itu berhenti.

"Eh?Ah...tak ada apa-apa!",jawab Asyi dengan gelabah.

"Betul ke?",soal Taufan.

"Ya...aku nak pergi beli makanan sekejap!",kata Asyi lalu berjalan ke arah gerai makanan yang berdekatan.

Taufan hanya memandang ke arah Asyi lalu pandangannya tertumpu pada cincin yang dilihat oleh Asyi.

"....alangkah baiknya kalau dia jujur sahaja...Asyi ni sama sahaja seperti Halilintar",kata Taufan dengan suara yang perlahan.

BEEEEEP--!

Semua orang yang berada di bandar terkejut apabila dengar bunyi tersebut.

"Hm?Bunyi apa t-",kata-kata seseorang terhenti apabila dirinya ditembak dengan satu peluru,tepat-tepat di jantungnya.

Tubuhnya jatuh perlahan-lahan ke bawah dan suara jeritan beberapa orang kedengaran.

Seven Princesses dan Spirits of Elementals yang sedang bertemujanji terkejut mendengar suara jeritan.

Termasuk Crystal yang berada di tempat yang tiada sesiapa di situ.

"Hm?Suara jeritan?",katanya.

Tanpa gadis itu sedari,di belakangnya ada seseorang,berjalan perlahan-lahan ke arahnya.

---------------------------
Di pangkalan

"Serangan berlaku di bandar A!Beberapa orang penduduk telah diserang juga!"

"Ada yang mati dan mengalami kecederaan!"

"Penyerang juga ada pasang beberapa bom di sekitar bandar A!"

"Mengikut kiraan,penyerang bukan berseorangan kerana penduduk diserang dalam bilangan yang terlalu banyak dalam masa yang singkat!"

Tenshi yang mendengar apa yang mereka semua laporkan menggigit kuku ibu jarinya.

"Cis....hanya 2 minggu sahaja...tetapi kenapa mereka menyerang?",katanya.

Sprainter yang berada di sebelah Tenshi,

"Menyerang kerajaan ni...pada waktu malam...rasanya...penyerang adalah dari kerajaan Alvisa",katanya.

"Betul.Hanya kerajaan Alvisa sahaja yang berani lakukan.Kerajaan lain pasti takkan lakukannya kerana mereka tahu akan kekuatan tentera kita",kata Tenshi berhenti mengigit kukunya.

"Tapi,persoalannya...kenapa mereka menyerang bandar,bukannya istana?",kata Sprainter.

"...tak ada gunanya berfikir sekarang.Kerahkan semua ahli organisasi ke bandar A!",arah Tenshi.

"Baik!"

"Kau pasti ke?Macam mana kalau Puteri Einhart diserang?",soal Sprainter.

"Kalau dia diserang,ada dua orang akan lindungi dia.Lagipun,Einhart takkan jadi pemerintan kerajaan tanpa sebarang sebab",kata Tenshi.

---------------------------

DUSH!

Wajah seseorang ditendang oleh Mel dengan kuat.Gadis itu tak mengaktifkan kuasa kadnya,jadi serangannya tidak berapa kuat.

"Argh!Tak guna betul!Dahlah kami semua tinggalkan kad di bilik!",kata Mel.

"Yang kau tinggalkan kad tu buat apa?!Kad tu kan kuasa kamu!",kata Blaze.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now