Spirit 71-Fear of Blood

753 66 4
                                    

Thunder Kingdom

Tangan kanannya diangkat ke atas.Origami berbentuk burung dengan bilangan yang banyak terapung di atasnya.

Beberapa orang meluru ke arahnya.

Senyuman sinis terukir di mukanya.Tangan kanannya dihalakan ke depan.

Serta-merta,kesemua origami menuju ke manusia yang meluru ke arahnya dengan laju.

ZUPP!

CHACK!

"ARGH!"

Mereka semua menjerit kesakitan apabila anggota badan ditikam dengan origami burung yang tajam seperti pisau itu.

Tubuh yang tak bernyawa rebah ke tanah kerana terkena di kepala.

Lelaki itu pula hanya ketawa sinis dengan menutup matanya.

"Haha...lemahnya.Dengan kekuatan macam ni,boleh ke kamu menang dalam perang ni?",soal lelaki itu.Dia ketawa.

Namun ketawanya terhenti apabila seseorang berada dibelakangnya.

ZUP!

Hayunan pedang yang laju itu berjaya dielak dengan melompat ke atas.Dia mendarat atas salah satu askar yang mati dibunuh olehnya.

"Heh,kau nak lawan dengan aku lagi?",soal lelaki itu kepada orang yang menyerangnya,Kaizo.

"Untuk sekarang,kau adalah ancaman dalam perang ini untuk kami",kata Kaizo.

"Tapi...boleh ke kau kalahkan aku?Semalam kau dah cedera teruk tanpa dapat cederakan aku",kata Orizuru.

Di belakang Orizuru terapung beberapa origami burung.Tangan kanannya dihalakan ke depan.

"Salah.Aku tak cedera teruk.Luka yang aku alami hanyalah luka ringan.Dan...perlawanan kita tergendala pun sebab kau larikan diri semalam",kata Kaizo.

Orizuru memetik jarinya dan semua origami menuju ke arah Kaizo.

ZASH!!

Orizuru terkaku apabila semua origaminya hancur dengan satu hayunan pedang Kaizo.

"Semalam,aku tak tunjukkan kekuatan sebenar aku....lebih baik kau serius dalam perlawanan ni,atau..."

Kaizo menghilangkan diri.

"Ma-!"

Orizuru berhenti bercakap apabila satu bilah pedang berada di sebelah lehernya.Kelihatan Kaizo berada di belakangnya.

"Nyawa kau akan melayang",kata Kaizo.

Lima origami keluar daripada dalam lengan baju Orizuru.Orizuru membaling kelima origami tersebut kepada Kaizo.

Kaizo melompat ke atas mengelak serangan tersebut.Dia berada di atas Orizuru.

BOK!

Tendangan yang kuat diberikan pada bahu kanan Orizuru.Kaizo menghilangkan diri dan muncul semula tidak jauh di hadapan Orizuru.

Orizuru terduduk dengan memegang bahu kanannya.

"Itu hanya tendangan biasa...aku tak gunakan kuasa aku.Tendangan biasa sahaja dah buatkan bahu kau terseliuh...macam mana agaknya kalau aku guna kuasa aku?",kata Kaizo membuatkan Orizuru bengang.

Orizuru berdiri.

"Kau...jangan pandang rendah pada aku!",origami burung dalam bilangan yang banyak terapung di belakang Orizuru.

Kesemua origami menuju ke arah Kaizo dengan pantas.

"Dan...jangan pandang rendah pada aku juga",kata Kaizo.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now