Spirit 119-After The War

822 59 64
                                    

Perang yang berlangsung selama tiga hari telah tamat.

Pihak yang menang sangat gembira apabila mereka yang sertai peperangan pulang dengan selamat.

Namun,tidak semua selamat.Ada yang terkorban dalam peperangan tersebut,demi mempertahankan kerajaan dari jatuh ke pihak yang salah.

Para raja mengucapkan terima kasih kepada Einhart kerana menolong mereka ketika peperangan.

Walau macam mana pun,Einhart berkata,dia langsung tak lakukan apa-apa ketika peperangan.

"Saya langsung tak lakukan apa-apa ketika peperangan,lebih baik tuanku semua berterima kasih kepada mereka yang terselamat dalam peperangan"

Ucapnya dengan senyuman manis.

"Tapi,kami tetap nak ucapkan terima kasih.Jika bukan kerana kamu memberitahu perang akan berlaku kepada kami,pasti kerajaan kami akan ditakluk"

Einhart hanya mampu mengeluh mendengarnya.Dia tak suka dirinya diucapkan terima kasih atas sesuatu yang dia tak lakukan.

Mimi sebenarnya yang mendapat maklumat perang akan dilancarkan.Sepatutnya gadis itu yang diucapkan terima kasih oleh mereka semua.

"Haih...apa-apa sahajalah...",kata Einhart.

------------------------------

Dua hari telah berlalu sejak perang itu tamat.Mereka yang menyertai perang,menerima rawatan di hospital dalam kerajaan masing-masing.

Hospital di dalam Asteon Kingdom,keadaanya sangat bising dengan bunyi jeritan ketika luka dirawat,dan ada yang lari sebab tak nak kena suntik dengan pihak hospital.

Yuuki juga membantu pihak hospital untuk merawat pesakit.

"Mel,Blaze,berhenti lari!!!!!",jerit doktor dan jururawat apabila pasangan kekasih itu terus melarikan diri sebaik sahaja nampak picagari.

"TAK NAK!!!!!",kata mereka berdua serentak.

Tapi,akhirnya mereka menerima suntikan juga apabila Gempa muncul dan menangkap mereka.

Tapi,keadaan dalam bilik 401,jauh lebih bising.Bilik itu juga rosak dengan teruk.

"Luka kau dah sembuh sepenuhnya,kan?!Mari kita sambung perlawanan kita dua hari lepas!",kata Zircon dengan penumbuknya berapi.

"Memang dah sembuh pun!Marilah kita berlawan!Tengok siapa lagi kuat!",kata Mimi.Tangannya mengalirkan arus elektrik.

Jantung Mimi yang cedera,pulih sepenuhnya dua hari yang lepas.Tiada siapa yang tahu bagaimana ia boleh pulih dengan cepat.

Putera Midnight dan Puteri Glacelight dari Longday Kingdom,memandang datar sahaja ke arah Mimi dan Zircon.

"Huh...rasanya saya kena buat pertandingan berlawan semula nampaknya...",kata Putera Midnight.

"Buat sahajalah,abang....gelanggang hancur sebab mereka berdua berlawan kat situ,tak apa.Dari bandar hancur sebab mereka berdua",kata Puteri Glacelight kepada abangnya.

Einhart yang baru sampai di situ,hanya tersengih dengan ber sweatdrop.

Betul apa Puteri Glacelight katakan.Kalau Mimi dan Zircon berjumpa kat mana-mana,pasti akan berlawan.

-----------------------------
Knights of Longday  dan Protectors of Asteon  pula berada di kafeteria hopsital,sedang makan.

Legend ada di situ juga.

"Oh,ya...kenapa aku tak nampak kau selepas kau dan Writhe bunuh Wyvern?",soal Bow pada Legend.

"Ianya sebab naga tua tu makan Wyvern tu dengan perlahan-lahan.Katanya,makanan yang sedap kenalah dinikmati dengan perlahan-lahan....",kata Legend.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now