Spirit 73-Pay With Your Life

786 60 8
                                    

Asteon Kingdom

SWOSH!!!

"Argh!!",beberapa orang menjerit kesakitan apabila diserang oleh seseorang.

Senjata orang itu dibaling ke atas.Kedua tapak tangannya diletakkan atas tanah,kedua kakinya dinaikkan ke atas.

Kakinya dihayunkan 360 darjah,menendang kesemua musuh yang mengelilinginya.

"Urgh!",mereka semua terundur beberapa langkah ke belakang.

Kaki orang itu menyentuh tanah.Senjatanya yang jatuh ke bawah,disambut tangan kirinya.

"Hergh!"

SWOSH!

SPLASH!

Kepala semua musuh yang diserangnya dipenggal dalam sekelip mata.

Orang itu memutarkan senjatanya dengan satu tangan,menghilangkan darah yang ada padanya.

Setelah darah tiada pada senjatanya,dia berhenti memutarkan senjatanya.

Tidak jauh di hadapannya,ada seorang lelaki yang menunggang kuda hitam yang dilengkapkan dengan perisai.

Pemakaian lelaki itu seperti general,badannya tersarung baju perisai berwarna hitam.Lelaki itu memandang orang itu dengan mata kanannya,kerana matanya kirinya ditutupi dengan penutup mata hitam.

"......"

"Kesemua orang bawahan kau dah kalah,hanya tinggal kau sahaja",kata orang itu menghalakan senjatanya ke arah lelaki tersebut.

"....hm...sanggat menganggumkan,kerana dapat berlawan dengan baik dengan badan perempuan",kata lelaki itu.

"...itu satu pujian atau sindiran?",soal gadis itu.Dia memiliki rambut coklat panjang yang diikat di belakang.

Warna matanya juga coklat.

"Pujian.Kerana aku  jarang jumpa seorang gadis yang mahir berlawan,terutama sekali menggunakan tombak",kata lelaki tersebut.

Gadis itu hanya tersenyum.

"Tetapi....",lelaki itu mencapai pedangnya yang berada pada belakang badannya.

Pedang itu ditarik keluar daripada sarung pedang.Saiz pedang itu besar.

"Aku tak pernah jumpa,seorang gadis yang berjaya menewaskan aku",kata lelaki tersebut.

Aura membunuh mengelilingnya.

Gadis itu terkejut,merasai aura membunuh lelaki tersebut.

SLASH!!

Satu hayunan pedang lelaki itu membuatkan tanah terbelah.Belahan pada tanah tersebut,besar.

Gadis itu,yang berdiri betul-betul di sebelah tanah yang terbelah itu,terkejut.

"Itu hanya sebagai amaran...hayunan seterusnya,takkan tersasar",kata lelaki tersebut.

Tangannya yang memegang pedang besar tersebut diangkat ke atas.Lelaki itu kemudian menghayunkan tangannya ke bawah.

CHING!

Percikan bunga api berlaku apabila bilah pedang lelaki itu dihalang dengan tombak gadis tersebut.

Gadis itu berada di hadapan lelaki tersebut.Tangannya menggeletar menahan pedang yang besar tersebut dengan tombaknya.

"....urgh....",gadis itu mengetap gigi.Dia menarik tombaknya semula dan melompat ke tepi dengan pantas.

Lelaki itu memandang ke arah gadis tersebut.

"Gadis muda,aku beri kau peluang untuk menyerang aku",kata lelaki tersebut.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now