Spirit 32-Dark Memories(4)

888 87 24
                                    

"Eh?Apa kaitan kematian Yaya dengan kerajaan Alveon?",soal Zara.

"...peperangan dengan Michenda tiga tahun yang lalu yang korbankan nyawa Yaya.Michenda bukannya mahkluk yang memang ada di dunia ini seperti Dragons,tetapi mereka dicipta"

"!"

"Nanti...adakah yang mencipta mereka adalah...?"

Sara mengangguk.

"Pencipta Michenda adalah ayah kamu.Tetapi mereka bukan dicipta melalui kuasa magik atau apa....ayah kamu menggunakan sebahagian rakyat kerajaan kamu,dan rakyat kerajaan yang terselamat,tukarkan mereka menjadi mahkluk lain menggunakan kuasa magik kamu bertujuh dan Alice"

"T...tapi kenapa ayahanda..buat macam tu..?",soal Asya.

"...kerana itulah sifat manusia.Demi mencapai tujuan mereka,mereka takkan ragu-ragu untuk cederakan orang lain.Ayah kamu mahu memerintah seluruh dunia ini,supaya tiada siapa akan tentukan kehendaknya dan dia akan dapat apa yang dia inginkan",kata Sara.

"...apa yang Halilintar,Taufan,Gempa,Blaze,Ice,Thorn dan Solar buat selepas semua ni?",soal Alina.

"Mereka yang kehilangan semua ahli keluarga,membuat keputusan untuk sembunyikan diri ",kata Sara.

Tangan kanannya dihulurkan ke tepi dan lokasi mereka berubah.Mereka kini berada di bilik bawah tanah yang menempatkan Arisa.

"9 bulan dah berlalu,dan sudah semestinya Arisa dah lahirkan anaknya.Dalam 9 bulan ini juga,ayah kamu menyerang kerajaan lain tanpa berhenti",kata Sara.

Arisa mengendong bayi yang baru dilahirkannya.Dia berpeluh dengan banyak.

"Hah..hah...",air matanya mengalir di pipinya.

"Woah,woah...tak sangka kau masih hidup selepas lahirkan bayi.Sememangnya keturunan Athena",kata ayah Seven Princesses.Di belakangnya ada seorang wanita tua.

Arisa terkejut dengan kehadiran lelaki itu.Dia memeluk bayinya.

"Bagus,tugas kau dah selesai di sini.Ambilkan bayi itu",kata ayah Seven Princesses.

Wanita tua itu mendekati Arisa.Bayi dalam pelukan Arisa diambil dengan mudah kerana gadis itu tiada tenaga.

Bayi diserahkan kepada ayah Seven Princesses.

"Wah..comelnya bayi ni..",bayi itu yang senyap selepas dilahirkan,menangis apabila ayah Seven Princesses mengendongnya.

Terkejut lelaki itu.

"Hm..apa-apa jerlah.Bawakan dia ke penjara yang sama dengan dua orang banduan tu.Dia tak perlu lagi berada dalam bilik ini memandangkan anak ni sudah lahir",kata ayah Seven Princesses beredar pergi.

"N..nanti...berikan...berikan semula bayi tu!",kata Arisa.Air mata kesedihan mengalir laju di pipinya.

--------------------------

BAM!

Tubuh kecil Arisa jatuh dengan kasar pada lantai penjara itu.Pengawal terus beredar.

"Arisa..!"

Gadis kecil itu memandang ke arah lokap penjara di depannya.Dalam lokap itu ada Shafiq dan Akram.

"Abang Shafiq..abang Akram...",kata Arisa.Mata gadis itu membulat apabila terpandang Shafiq dan Akram yang tubuh badan mereka penuh dengan balutan luka.

"A...apa yang...mereka dah buat..pada kamu berdua..?",soal Arisa.Jarinya terketar-ketar menunjuk ke arah mereka berdua.

Akram dan Shafiq memandang antara satu sama lain.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now