Spirit 49-Awakening(Zara)

928 74 21
                                    

Demi mendapatkan penawar untuk racun Lernaean Hydra yang berada dalam tubuh Halilintar,organisasi menghantar ahli Seven Princesses,Zara untuk mendapatkannya.

Penawar itu berada di Alternative,tempat yang ancamannya adalah SS.Di tempat itu dikatakan ada banyak makhluk mitos yang kuat dan ganas.

Zara berjaya mengharungi beberapa cabaran ketika dalam perjalanan ke Alternative dan sampai di gua yang mempunyai penawar tersebut.

Namun,Zara berjumpa dengan Chimera,makhluk mitos hybrid yang terdiri daripada singa,berekor ular(bahagian kepala) dan berkepala kambing di bahagian belakang badan singa tersebut.Chimera adalah makhluk bernafas api.

Mampukah Zara menewaskan Chimera seorang diri?

------------------------------

KRAKSH!SLASH!BAM!

Chimera menyerang Zara tanpa berhenti dengan cakar singanya.Setiap serangan Chimera berjaya dielak oleh Zara.

"Urgh..!Pantasnya!",kata Zara.

Semakin lama Chimera menyerang,kepantasan serangannya bertambah.

Sambil mengelak serangan Chimera,Zara membuat beberapa bola air.Apabila Chimera berhenti serang seketika,Zara menyerang Chimera.

Apabila bebola air Zara semakin dekat dengan Chimera,raksasa itu menghembus nafas ke arah bebola air tersebut.

Bukan nafas biasa,tetapi nafas berapi!Menyebabkan bebola air itu menjadi apabila bertembung dengan nafas berapi Chimera.

"Urgh!",Zara mengetap gigi.

Kakinya menjejak atas tanah dan ekor ular Chimera meluru ke arah Zara dengan pantas.

"!",Zara terkejut.Tanpa dia sempat melarikan diri atau menyerang,badannya dibelit dengan kuat.

"Urgh...!Lepaskan...",dia cuba melepaskan dirinya dari belitan ular gergasi.

Kepala kambing Chimera yang bertanduk menuju ke arah Zara yang dibelit.

Apabila jarak mereka berdua semakin dekat,ekor ular Chimera melepaskan Zara dari belitannya.

Dan serta-merta Zara ditanduk oleh kepala kambing Chimera hingga melanggar dinding gua.

BAM!KRACK!

Chimera berundur ke belakang.Apabila debu-debu menghilang,kelihatan Zara yang berada pada dinding gua tersebut,dengan darah mengalir dari kepalanya dan cedera di mana-mana anggota badannya.

BUM

Tubuhnya jatuh ke tanah.Gadis itu terbatuk darah.

"Hark...Garkh!"

Zara memandang ke arah Chimera.Pandangan matanya kabur kerana kecederaan di kepalanya.

Ditambah lagi dengan luka-luka yang dia dapat ketika dalam perjalanan ke sini.

DRIP

"Hah..hah...walaupun aku tak berjaya hancurkan kepala kambing tu..tapi aku berjaya juga cederakan..",kata Zara lalu berdiri perlahan-lahan dengan berpaut pada dindinh gua.

Darah pekat mengalir dari atas kepala kambing Chimera.Zara mengelap darah yang mengalir keluar dari mulutnya.

"Hah..hah...",nafasnya tercunggap-cunggap.Dia kepenatan.

Zara cuba mengerakkan kaki kanannya,dan dia terasa sakit.Apabila dilihat,dia mendapati ada banyak darah mengalir dari luka di kaki kanannya.

"....tak guna!",Zara menyentuh luka di kaki kanannya dan ais mula muncul.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now