Spirit 75-Goddess of Speed

759 64 27
                                    

Alvisa Kingdom

"Hm?Tenaga magik ini....nampaknya pak cik tua tu,Vega Mildriedrf jumpa seseorang yang layak dibunuh oleh pedangnya",kata Mizuki.

Gadis itu duduk di balkoni istana,seorang diri.

"Sesuatu yang bagus ke jika dia jumpa seseorang yang layak dibunuh oleh pedangnya?",soal seseorang yang berada di ruang gelap dalam bilik tersebut.

Mizuki menjeling ke arah orang tersebut.

"...aku ingatkan kau sertai perang tu..",kata Mizuki.

"Well,aku rasa masih awal untuk aku munculkan diri",kata orang itu.

Mizuki mendencit geram.

"Jadi,apa yang istimewa tentang Vega Mildriedrf?",soal orang itu.

"Hmph.Vega Mildriedrf,salah seorang general tentera berkuda tuanku.Sebelum dia menjadi orang bawahan tuanku,pak cik tua tu adalah seorang pembunuh yang terkenal.

Dia telah membunuh banyak orang,tanpa menggunakan senjata.Mereka semua dibunuh hanya dengan kedua tangannya.Melalui apa aku tahu,dia membunuh hanya kerana mahu melihat darah.

Tuanku telah menghantar beberapa orang untuk menangkapnya.Namun,mereka semua cedera parah dan ada yang mati.Pak cik tua tu pun cedera juga,tetapi dia masih boleh berdiri.

Tuanku mengambil keputusan untuk kalahkan pak cik tua tu sendiri,dan dia berjaya cederakan tuanku.Tuanku hampir kalah dalam perlawanan tu.

Tetapi kerana kehilangan darah yang terlalu banyak,pak cik tua itu pengsan dan dibawa ke istana.Tuanku mengajak pak cik tua itu menjadi pengikutnya,dan dia boleh bunuh seberapa banyak dia mahukan.

Dan sejak itu,pak cik tua itu menjadi orang bawahan tuanku",kata Mizuki.

"Vega berjumpa dengan tuanku pada umur berapa?"

"Tak silap aku,ketika dia berumur 41 tahun.Sekarang umur dia 46 tahun",kata Mizuki.

"Tuanku berikan pak cik tua tu pedang yang mempunyai kuasa magik.Aku tak tahu magik apa.Pedang itu akan digunakan oleh pak cik tua itu sekiranya dia jumpa lawan yang berpotensi membunuhnya",katanya lagi.

"Eh?Kenapa?",soal orang itu.

Mizuki menyilangkan kakinya.Tangan kanannya menongkat pipi kanannya.

"Kerana pedang pak cik tua tu mampu membelah gunung dengan hanya satu hayunan.Dan setiap kali dia berlawan menggunakan pedang,kerosakan yang teruk akan berlaku di sekeliling.

Tanah akan retak dengan teruk.Jika dia berlawan di Aqua Kingdom,kesemua air di Kingdom tersebut akan kering"

-------------------------

Asteon Kingdom

Vega memandang gadis itu yang terbaring di tanah.

"....nampaknya dia tak mampu bangkit selepas serangan tu....",Vega menurunkan pedangnya.

"Tapi,ianya satu kesilapan yang besar,kerana tidak memakai baju perisai ketika berperang",Vega memalingkan wajahnya ke arah lain.

Apabila dia memalingkan wajahnya,hujung tombak yang mempunyai bilah kecil berada betul-betul di hadapan mata kanannya.

ZUP!!!

Serangan tombak tersebut dielak dengan menyengetkan kepalanya ke kiri.Kulit pipi kanannya terpotong kerana terkena bilah tombak tersebut.

"Hargh!!"

Vega menghayunkan pedangnya kepada penyerang tersebut.

BUMP!!

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now