Spirit 28-Now,let's see the Dark Memories

979 79 4
                                    

Memory World

"Ayahanda,bila kita akan sampai ke istana?",soal kanak-kanak perempuan bermata hijau muda.

"Hm?Kamu tak sabar nak balik ke istana?",soal ayahnya.

"Ya.Walaupun saya selalu nak keluar,melihat dunia luar...tapi saya lebih suka ada dalam istana...",kata kanak-kanak perempuan bermata hijau muda.

"Lama lagi rasanya.Jadi tidurlah dulu.Adik-beradik kamu yang lain pun dah tidur",kata seorang wanita yang memakai gaun hijau muda yang duduk sebelah ayah kanak-kanak perempuan itu.

Dalam kereta kuda itu,ada 7 orang kanak-kanak perempuan,seorang wanita dan lelaki dewasa.Mereka semua adalah satu keluarga.

"...baik",kata kanak-kanak perempuan itu lalu memejam matanya.

Tak lama kemudian,gadis itu terus memasuki dunia mimpi.

"Dah 14 tahun...adakah kamu masih takkan berikan saya peluang..?",soal wanita itu.

"Walau berapa lama pun kita bersama,keputusan aku muktamad.Aku takkan ubah fikiran",kata lelaki itu.Wanita itu menunduk kepalanya.

Keadaan menjadi senyap sunyi dalam kereta kuda itu.Tidak seperti di luar yang bising dan kecoh.

"Berambus dari sini!"

Batu kecil yang dibaling salah seorang penduduk yang berkumpul ramai-ramai di situ mengenai tubuh seseorang yang duduk atas lantai.

Orang itu kelihatan sangat kotor kerana pakaian yang dipakainya,iaitu cape berwarna putih yang sudah kotor begitu juga dengan badannya.

Tetapi yang ada pada badannya bukan kotoran,tetapi luka.

Penduduk di situ tak henti-henti membaling batu ke arahnya.Namun dia tak membalas,membiarkan sahaja dirinya dibaling dengan batu.

Kerana dia sudah biasa.Tak kira ke mana dia berada atau pergi,dirinya akan dibaling dengan sesuatu dan dihina.

Bukan kerana dirinya adalah seorang penganggur yang meminta makanan atau duit dari mereka.

Tetapi kerana warna.Warna rambutnya yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa,menyebabkan mereka fikir bahawa dia adalah pembawa nasib malang atau gadis yang disumpah.

"Eish!Dia masih tak berambus!",kata salah seorang penduduk.

"Tak apa.Aku rasa mungkin ini boleh buat dia lari",kata seorang lagi penduduk.Di tangannya memegang satu botol kaca.

Penduduk itu mendekati orang itu.Dia berhenti menlangkah apabila berada betul-betul di depannya.

"Kau masih tak nak tinggalkan tempat ini?",soalnya.Namun tiada jawapan yang diberikan kepadanya.Orang itu hanya merenung ke tempat lain dengan pandangan mata kosong.

Geram kerana tiada jawapan untuk soalannya,lelaki itu terus menuang air dalam botol kaca itu pada orang itu.

Air itu terkena hoodie cape yang dinaikkan atas kepalanya.Hoodie cape nya tiba-tiba dihakis,menampakkan lebih jelas rambutnya.

Rambutnya yang tidak disikat mahupun diikat yang dimasukkan ke dalam cape demi mengelakkan orang melihatnya,jatuh dari bahunya.

"A...Argh...!!!",dia menjerit kesakitan apabila merasakan sesuatu yang menyakitkan pada kulit kepalanya dan juga pada kulit badannya.

Hanya mendengar dari suaranya,membuktikan bahawa dia adalah gadis.

"Heh?Sakit tak?Apa yang aku tuang pada kau bukannya air,tetapi cecair.Cecair itu adalah asid",kata lelaki itu tersenyum sinis.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now