Spirit 13-Killer of Ice and Pink Flower

1.2K 92 56
                                    

Malam,bilik Mimi

Mimi baring atas katilnya.Katilnya penuh dengan tisu yang dah digunakan.Arago hanya mengeluh melihat perangai Mimi.

"Milady,sudah-sudah lah tu menangis...",kata Arago cuba memujuk Mimi.Mimi bangun dari pembaringannya.

"Senanglah kau cakap!Tapi aku tak dapat lupakannya!",kata Mimi.Air matanya mengalir lebih laju.

Pintu bilik dibuka.Tenshi melangkah masuk ke dalam bilik.

"Haih?Dia masih menangis?",kata Tenshi melihat Mimi yang sedang mengesat air matanya.

"Ya...",kata Arago.Tenshi berjalan ke katil Mimi.

"Mimi,berhenti menangis.Mia tak mengalami kecederaan yang serius,jadi jangan lah sedih",kata Tenshi mengusap perlahan kepala Mimi.

"Betul?",kata Mimi.Tenshi mengangguk.

"Ya,dia tak mengalami kecederaan yang serius,tapi...ibu tak tahu tentang perasaan dia selepas dengar apa yang Halilintar kata",kata Tenshi.Mata Mimi membulat.

"...tak apa..saya dah biasa..kalau ada orang benci saya..",kata Mimi lalu membaringkan dirinya.Tenshi menghela nafas.

"Baiklah kalau macam tu.Ingat tentang esok,ya?Selamat malam",kata Tenshi lalu melangkah keluar dari bilik.

"Malam,ibu...",kata Mimi.

"Milady,mandi dulu sebelum tidur",kata Arago.Mimi yang baru nak tutup kelopak matanya,terus membuka mata dan turun dari katil.

"Fine...",kata Mimi berjalan masuk ke dalam bilik shower.Arago mengutip semua tisu yang ada di atas katil Mimi dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Mimi membuka kesemua bajunya dan letak dalam bakul.Satu hologram yang kecil muncul di depan Mimi.Mimi menekan sesuatu yang terpapar di hologram tersebut.

Air yang memancut keluar dari kepala shower membasahi badan Mimi.Mimi termenung,dia memikirkan sesuatu yang berlaku di antara dia dan Mia beberapa jam sebelum ini.

---------------------
Flashback

Mimi melangkah masuk ke dalam bilik latihan.Dia nampak Mia sedang berlatih seorang diri.

Melihat Mia,wajah Mimi terus bertukar dari ceria kepada takut.

"..aku..mesti pergi",kata Mimi perlahan.Mia berhenti berlatih seketika,dia mengelap peluhnya.Saat itu,dia nampak Mimi yang sedang berjalan menuju ke pintu keluar.

"Eh?Maaf,kalau tak silap saya,kamu Mimi kan?",soal Mia.Mendengar Mia memanggil,langkah Mimi terhenti dan seluruh badannya menggigil.

"Y...ya..",jawab Mimi perlahan tanpa memandang ke arah Mia.Mia turun dari gelanggang dan berjalan ke arah Mimi.

"Kamu okey ke,Mimi?",tanya Mia sebaik sahaja dia perasan yang badan Mimi menggigil.

"Saya tak ada apa-apa,kamu sambunglah berlatih..",kata Mimi dengan suara yang terketar.

Mia bertambah risau.Dia cuba memegang bahu Mimi.

"Betul ke okey ni?Jadi kenapa bada..",bahu Mimi dipegang.Mimi terkejut dan menepis tangan Mia dengan kasar.

"...ma..maaf",kata Mia.Dia terkedu.Mimi masih tak bercakap apa-apa.

"Kau betul-betul okey ke,ni?",kata Mia.Mimi masih tak cakap apa-apa.

"Ar...ah..!"

Bayangan seorang gadis yang badannya berlumuran darah memegang pedang muncul di minda Mimi.Pedang yang dipegang gadis itu penuh dengan darah.Di depan gadis itu,dua orang ,lelaki dan perempuan terbaring di tanah yang di penuh dengan darah.Wajah gadis yang memegang pedang itu tercalit darah mereka berdua.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now