Spirit 8-Dead Flower Bloom Again

1.3K 105 9
                                    

Sedutan di chapter sebelum ni,serangan pada ahli kerabat diraja Aqua Kingdom dilakukan lebih awal dari yang mereka jangkakan.

Pembunuh yang datang untuk bunuh Puteri Tsuchinoko,Axel.Axel membunuh semua pengawal sebelum dia masuk ke dalam istana.Manakala Puteri Tsuchinoko dengan kedua ibu bapanya melarikan diri dengan menggunakan laluan bawah tanah.

Ketika itu,dia terserempak dengan seorang gadis,Remi yang merupakan pengawal peribadi yang diupah oleh pemaisuri.

Mereka berdua berlawan dan keputusan berakhir dengan seri kerana Remi memulihkan luka Axel dan kemudian melarikan diri.

Seven Princesses memasuki istana Aqua Kingdom dan diserang oleh Axel yang sedang geram kerana merasakan Remi memandang rendah padanya.

Alina mengambil keputusan untuk berlawan dengan Axel.Tetapi tak kira serangan apa yang Alina guna,Axel langsung tak mengalami apa-apa kecederaan.

Untuk menamatkan petarungan,Alina menggunakan Excalibur begitu juga dengan Axel menyebabkan istana runtuh.

Antara mereka berdua,siapa yang akan berdiri sebagai pemenang?

-----------------------

"Hm...pemenangnya dia,huh?",kata remaja perempuan tersebut.

"M......Mustahil!",keenam gadis itu menjerit dengan rasa tidak percaya melihat orang yang berada di sebalik letupan.

"Fuh...",kata manusia tersebut.

"Ma..macam mana kau boleh terselamat?!",kata Asya.Dia berada dalam posisi bersedia.

"Hm?Mudah sahaja.Sebab serangan gadis tu sangat lemah",kata manusia tersebut,a.k.a Axel!Dia langsung tak mengalami apa-apa kecederaan,tetapi lengan bajunya kanannya terkoyak.

"Ah!Mana Alina?!",kata Zara melihat sekeliling.Seven Princesses yang lain pun sama,mereka mencari kelibat gadis bernama Alina.

"Entah.Mungkin dah mati",kata Axel selamba.

"Ugh.....",Mel terdengar suara seseorang dalam runtuhan.Dia memandang ke arah suara tersebut.

"Huh?",kata Mel.

BOOOOM!

Letupan yang berlaku itu menyebabkan angin yang kencang.Seven Princesses yang lain melindungi muka mereka dengan tangan dan menutup mata.Manakala Axel tidak buat apa-apa.

"Hah..hah...GAHARK!",darah yang keluar dari dalam mulut gadis itu menitik ke bawah.Lutut kaki kanannya mencecah tanah kerana dia tak dapat berdiri.

"A....Alina!",kata mereka berenam serentak dengan tersenyum gembira.Tetapi senyuman mereka terus mati selepas melihat keadaan Alina.

"Hah...hah...",Alina mengambil nafas.Darah mengalir dimukanya dari kecederaan atas kepala.Pedangnya,Excalibur dipacakkan di sebelahnya.

Alina mengalami kecederaan yang parah.Perisai atau baju zirah besinya pecah.Pakaiannya juga terkoyak.

"Memang betul apa yang aku katakan.Kau memang gadis yang mentah",kata Axel.

Alina tak membalas apa-apa kerana dia tak tenaga untuk bergerak.Serangan Axel terkena tepat pada badannya,kerana itu dia cedera parah.

"Cis!",Seven Princesses yang lain mendecit.

"Baiklah,siapa seterusnya?",kata Axel.Loket rantainya bercahaya hitam dan berubah menjadi pedang halimunan.

Seven Princesses yang lain mendiamkan diri.Tiada siapa yang berani kerana bagi mereka berenam,serangan Alina,Excalibur adalah serangan yang mereka tak dapat patahkan ketika berlatih bersama-sama.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now